More

    Selepas SU7, Xioami mungkin lancarkan SUV elektrik menjelang akhir tahun ini

    Xioami SU7 telah dilancarkan secara rasmi di China semalam dan hari ini, terdapat laporan baharu bahawa Xiaomi sudah pun mengusahakan model seterusnya. Menurut laporan tersebut, EV kedua Xiaomi akan menjadi kereta dalam segmen SUV.

    Untuk pengetahuan, kereta segmen SUV telah mengambil alih pasaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Laporan itu juga mendakwa SUV ini akan tiba pada penghujung tahun ini. Xiaomi mensasarkan keperluan untuk mengeluarkan SUV lebih awal kerana ia adalah kategori yang sangat popular.

    Kebanyakan pesaing China yang baharu sebenarnya mempunyai SUV sebagai model pertama mereka sperti Nio, Li Auto dan XPeng. Kini, Nio dan XPeng mempunyai lebih banyak SUV dalam senarai mereka berbanding jenis lain dan Li Auto hanya membuat SUV setakat ini.

    Mungkin itu adalah salah satu sebab kenapa Xiaomi memilih untuk segmen SUV dalam pengeluaran akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CnEVPost

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured