More

    Semua varian Samsung Galaxy S25 di Malaysia akan gunakan cipset Snapdragon 8 Elite, bukan Exynos

    Samsung telah melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S25 pada awal hari ini, di mana ia menawarkan pelbagai penambahbaikan daripada segi kecerdasan buatan Galaxy AI, spesifikasi dalaman dan rekaan.

    Satu perkara yang menarik adalah daripada segi cipset, di mana setiap varian Galaxy S25 akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang menawarkan prestasi CPU lebih tinggi sebanyak 37%, prestasi GPU lebih tinggi sebanyak 30% dan prestasi NPU lebih tinggi sebanyak 40% berbanding generasi sebelumnya.

    Cipset ini termasuklah untuk Galaxy S25 yang dijual dalam pasaran Malaysia. Sebelum ini, selalunya Malaysia akan menerima siri Galaxy S yang menggunakan cipset Exynos, berbeza dengan beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang menerima cipset Qualcomm Snapdragon.

    Walaupun cipset Exynos mampu menghasilkan prestasi yang pantas untuk kebanyakan situasi, ia selalunya tidak dapat menandingi cipset Snapdragon yang menawarkan prestasi lebih tinggi sedikit.

    Selain itu, setiap varian Galaxy S25 akan menerima RAM 12GB, menandakan ini siri Galaxy S pertama yang menawarkan jumlah RAM tersebut sahaja. Sebelum ini, selalunya Galaxy S ditawarkan dengan RAM 8GB sebagai varian memori paling rendah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana varian Galaxy S25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured