More

    Siri HONOR 400 dijangka dilancar pada Mei 2025 dengan bateri lebih 7,000mAh

    HONOR dijangka melancarkan siri HONOR 400 pada separuh pertama tahun 2025 berikutan pengenalan HONOR 300 pada Disember 2024. Menurut kebocoran terbaru, siri baharu ini akan menggunakan strategi bateri besar dengan bateri melebihi 7,000mAh dan bingkai logam untuk ketahanan tambahan.

    Siri ini kemungkinan akan terdiri daripada tiga model iaitu HONOR 400, 400 Pro dan 400 Ultra dengan pelancaran berpotensi pada Mei 2025. Namun, maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan ciri masih belum diketahui.

    Siri HONOR 400 dijangka menggunakan cipset Snapdragon 8s Elite pada model Pro dan Ultra. Cipset ini menawarkan konfigurasi berprestasi tinggi dengan kelajuan sehingga 3.21GHz dan GPU Adreno 825 yang turut akan digunakan dalam telefon lain seperti iQOO Z10 Turbo, Redmi Turbo 4 Pro dan POCO F7.

    Sebagai perbandingan, siri HONOR 300 sebelumnya menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 untuk model Ultra dan Pro manakala model standardnya dilengkapi dengan Snapdragon 7 Gen 3. Kombinasi bateri besar dan cip berkuasa menjadikan siri Honor 400 satu yang dinantikan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured