More

    Siri HONOR Magic3 mungkin akan dilancar bersama edisi Porsche

    Huawei adalah pengeluar peranti pintar China pertama yang bekerjasama dengan syarikat pengilang kereta. Kerjasama itu dilakukan dengan Porsche Design dan telah menghasilkan beberapa telefon pintar serta jam tangan pintar Huawei edisi Porsche Design. Selepas melihat pergelutan yang dihadapi oleh Huawei, Porsche Design mengambil langkah untuk bekerjasama dengan HONOR.

    Sumber Weibo dari China telah mendedahkan bahawa siri Magic3 yang akan datang akan mempunyai edisi Porsche. Sumber maklumat tersebut juga menyenaraikan tiga model dalam siri Magic3 serta spesifikasi model pro.

    Menurutnya, siri Magic3 merangkumi Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 edisi Porsche. Namun, beliau tidak menyebut tentang Magic3 SE dan Magic3 Pro+ yang mana kedua-dua model ini tertiris pada bulan lalu.

    Sumber itu mengatakan bahawa Magic3 Pro mempunyai reka bentuk yang serupa dengan Huawei Mate 40 Pro. Magic3 Pro akan mendapat sokongan pengecasan pantas 66W, pengecasan wayarles pantas 50W, pengimbas kunci muka 3D, kamera belakang quad yang merangkumi sensor 50MP dan tiga sensor 64MP, pemprosesan Snapdragon 888 Plus serta menggunakan Magic UI 5.0.

    Walaupun sumber ini mempunyai prestasi yang baik dalam meramal info, tetapi kami menyarankan agar maklumat tersebut tidak diambil bulat-bulat kerana kita belum melihat bukti konkrit. Namun, kita tidak perlu menunggu terlalu lama kerana siri Magic3 akan dilancarkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Siri HONOR Magic3 edisi Porsche ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured