More

    Siri HONOR X9 kini telefon “mid-range” paling laris di Asia Tenggara

    HONOR Malaysia mengumumkan bahawa siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR X9 telah diiktiraf sebagai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris dalam rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan itu diberikan oleh ASEAN Records iaitu sebuah organisasi berprestij yang mengiktiraf pencapaian di negara-negara Asia Tenggara.

    Siri HONOR X9 terdiri daripada HONOR X9a, HONOR X9b dan HONOR X9c serta terkenal dengan kebolehannya untuk menahan pelbagai impak kuat. Varian terbaru, HONOR X9d 5G, telah dilancar pada bulan lalu dan meneruskan legasi siri X9 sebagai telefon kelas pertengahan yang sangat tahan lasak.

    Siri HONOR X9 mencatatkan lonjakan yang ketara dalam pasaran telefon kelas pertengahan di Asia Tenggara, daripada 33% pada 2023 hingga 56% pada 2025. Di Malaysia pada waktu ini, satu daripada setiap dua telefon pintar kelas pertengahan merupakan salah satu daripada model HONOR X9.

    Jika anda berminat dengan siri X9, HONOR telah melancarkan HONOR X9d 5G yang dijual pada harga bermula RM1,499 untuk varian RAM 12GB dan storan dalaman 256GB, atau RM1,699 untuk varian storan 512GB. Setiap pembelian akan disertakan dengan pakej hadiah percuma bernilai RM946 termasuklah HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Hadapan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

    Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai HONOR X9d 5G dalam artikel ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured