More

    Siri HUAWEI Mate40 akan diumum 22 Oktober: Kirin 9000, 66W mungkin berharga ~RM3663

    Sebelum ini, terdapat pelbagai berita dan khabar angin mengenai siri HUAWEI Mate40 secara rasmi mahupun tidak rasmi. Baru-baru ini, terdapat sumber tidak rasmi yang menyatakan bahawa siri HUAWEI Mate40 akan diumum pada 22 Oktober dan dijual pada 30 Oktober.

    Berita tidak rasmi ini dipercayai disebarkan oleh pekerja HUAWEI sendiri di laman Weibo. Menurut sumber-sumber yang lepas, siri HUAWEI Mate40 mungkin hadir dengan cipset Kirin 9000 dan cas pantas 66W.

    Spesifikasi lain yang mungkin hadir adalah rekaan skrin melengkung air terjun, dua kamera hadapan rekaan skrin berlubang dan rekaan tetapan 4 kamera belakang berbentuk bulat. Menurut ramalan juga, siri HUAWEI Mate40 ini mungkin akan dijual dengan stok yang terhad dan cipset Kirin ini dilaporkan sebagai cipset Kirin terakhir yang bakal menjana peranti HUAWEI.

    Menurut sumber, ramalan harga untuk HUAWEI Mate40 Pro varian 128GB ialah 5999 Yuan (~RM3663), varian 256GB berharga 6499 Yuan (~RM3968) dan varian 512GB berharga 7399 Yuan (~ RM4518).

    Anda boleh menyemak berita-berita lepas mengenai siri HUAWEI Mate40 disini.

    Apa pun, nantikan tarikh rasmi pelancarannya yang akan dimaklumkan kemudian pada hari-hari yang akan datang. Adakah anda sedang menunggu hari pelancaran siri HUAWEI Mate40? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNMO

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured