More

    Siri HUAWEI P50 mungkin dilengkapi lensa cecair yang mampu fokus sepantas mata manusia!

    HUAWEI sekali lagi telah mencuba had baru untuk teknologi kamera peranti mereka. Terbaru, HUAWEI dikatakan sedang berusaha untuk menghasilkan lensa cecair untuk siri telefon flagship terbaru mereka, HUAWEI P50.

    Sumber menyatakan bahawa teknologi baru ini akan dihasilkan secara besar-besaran dan dikomersialkan bermula tahun hadapan. Tambahan lagi, lensa baru ini dikatakan bakal digunakan sebagai lensa telefoto pada telefon dan juga pada produk HUAWEI yang lain.

    Lensa cecair ini menawarkan beberapa kelebihan termasuklah kelajuan fokus yang sangat laju sepantas beberapa milisaat sahaja, menyamai mata manusia dengan kadar ketepatan hampir 100 peratus.

    Paten HUAWEI untuk modul kamera lensa cecair

    Teknologi lensa cecair ini berfungsi dengan cara yang berlainan dari lensa tradisional. Lensa tradisional mengubahkan jarak fokus antara dua lensa untuk zum dan fokus, manakala lensa cecair ini mengubah bentuk cecair dengan elektrik untuk mengawal imej.

    Untuk spesifikasi kamera lain pula, siri telefon HUAWEI P50 ini dikhabarkan akan dilengkapi empat kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama, kamera ultra lebar, lensa telefoto dan lensa makro. Untuk bahagian depan, ia akan hadir dengan dua kamera yang terletak pada potongan bujur di skrin hadapannya.

    Reka bentuk HUAWEI P50 yang muncul di dalam talian

    Adakah anda teruja dengan teknologi baru dari HUAWEI ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured