More

    Siri Mi TV P1 dan Mi TV Q1 75” dilancar : Skrin 4K, HDR10+, Dolby Vision, harga bermula RM899

    Pada hari ini, selain telefon pintar Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S, Xiaomi Malaysia turut melancarkan beberapa TV 4K. Ini adalah kali pertama Xiaomi membawa masuk televisyen secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Dalam acara pelancaran tersebut, Xiaomi telah memperkenalkan beberapa televisyen dari siri Mi TV P1 dan Mi TV Q1 75”.

    Untuk siri Mi TV P1, terdapat tiga model yang ditawarkan dengan saiz yang berbeza iaitu 32 inci, 43 inci dan 55 inci. Ia hadir dengan reka bentuk ‘tanpa bezel’ yang lebih moden dan elegan. Skrin siri Mi TV P1 ini adalah skrin LED 60Hz yang mempunyai bidang pandangan ultra lebar seluas 178°.

    Kesemua model dari siri ini hadir dengan resolusi 4K UHD. Model 55 inci hadir dengan sokongan Dolby Vision dan HDR10+ yang dapat menghasilkan warna dan julat dinamik yang lebih baik, manakala model 43 inci dengan Dolby Vision sahaja.

    Ketiga-tiga televisyen turut dilengkapi pembesar suara stereo 10W dan sistem Android TV yang menawarkan aplikasi seperti Netflix, Prime Video dan Youtube (siap dimuat turun). Ia juga hadir dengan pembantu Google Assistant yang dapat menghubungkannya dengan perkakas rumah bijak (smart home) yang lain.

    Tambahan lagi, model 43 inci dan 55 inci juga mempunyai mikrofon di dalamnya untuk memudahkan pengguna mengawal TV dengan suara sahaja.

    Untuk televisyen Mi TV Q1 75”pula , ianya bersaiz 75 inci dan hadir dengan reka bentuk yang minimalistik. Sama seperti siri P1, ia turut menawarkan bidang pandangan seluas 178°.

    Mi TV Q1 75 inci ini beresolusi 4K QLED dan menawarkan julat warna NTSC 100%. Ia mempunyai warna sebanyak 1.07 bilion dengan 1,024 gelapan yang berlainan.

    Selain itu, ia juga turut mempunyai nisbah kontras setinggi 10,000: 1 dan menyokong Dolby Vision dan HDR10+. Yang menjadikan ia berlainan dari siri P1 adalah kadar segar semulanya setinggi 120Hz. Televisyen ini juga dilengkapi cipset Mediatek MT9611 untuk memastikan kelancaran skrinnya.

    "
    "

    Mi TV Q1 75” juga mempunyai sistem audio stereo 30W yang terdiri dari 6 pembesar suara (2 tweeter dan 4 woofer) untuk memastikan bunyi yang sangat jelas. Pembesar suaranya juga menyokong ciri Dolby Audio dan DTS-HD untuk pengalaman pendengaran yang lebih hebat.

    Televisyen 75 inci juga dilengkapi sistem Android TV 10 yang mempunyai aplikasi seperti Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube (siap dimuat turun). Yang menarik, alat kawalan jauh televisyen ini mempunyai butang khas untuk Netflix dan Amazon Prime Video.

    Berikut adalah harga dan butiran lanjut mengenai pra-tempahan Mi TV.

    ProdukHargaButiran
    Mi TV P1 32”RM999 (Promosi RM899)Promosi pra-tempahan bermula 6 Jun di Lazada/Shopee

    Setiap pembelian dapat 1 bulan keahlian percuma untuk platform streaming TV WeTV, iQIYI.

    100 Pembeli terawal dapat Mi Smart Band 6 percuma (bernilai RM189)
    Mi TV P1 43”RM1,799 (Promosi RM1,499)Promosi pra-tempahan bermula 6 Jun di Lazada/Shopee dan juga di kedai Mi Store, Senheng dan peruncit rasmi di Malaysia

    Setiap pembelian dapat 1 bulan keahlian percuma untuk platform streaming TV WeTV, iQIYI.
    Mi TV P1 55”RM2,499Pra-tempahan bermula 6 Jun di Lazada dan juga di kedai Mi Store, Senheng dan peruncit rasmi di Malaysia

    Setiap pembelian dapat 1 bulan keahlian percuma untuk platform streaming TV WeTV, iQIYI.

    Setiap pembelian dapat set khas Mi AIoT (bernilai RM566) – Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360 Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2, Mi Wi-Fi Range Extender Pro (stok terhad)
    Mi TV Q1 75”RM7,999Pra-tempahan bermula 6 Jun di Lazada dan juga di kedai Mi Store, Senheng dan peruncit rasmi di Malaysia

    Setiap pembelian dapat 1 bulan keahlian percuma untuk platform streaming TV WeTV, iQIYI.

    Setiap pembelian dapat set khas Mi AIoT (bernilai RM1,765) – Mi Air Purifier Pro H, Mi Vacuum Cleaner Mini, Mi 360 Home Security Camera 2K, Mi Body Composition Scale 2, Mi Wi-Fi Range Extender Pro (stok terhad)

    Jadi, adakah anda berminat dengan televisyen jenama Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...