More

    Siri Nothing Phone (4a) dan Headphone (a) kini tersedia di Malaysia dengan jaminan lanjutan 1 tahun

    Nothing secara rasmi membuka jualan untuk Phone (4a), Phone (4a) Pro dan Headphone (a) di Malaysia. Ketiga-tiga peranti kini tersedia melalui stor rasmi dalam talian dan rakan pengedar sah di seluruh negara. Phone (4a) dijana cip Snapdragon 7s Gen 4 manakala model Pro menggunakan Snapdragon 7 Gen 4. Kedua-duanya dipadankan dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan 256GB.

    Untuk paparan, model standard menggunakan skrin AMOLED 6.78 inci 120Hz sementara Pro dinaik taraf kepada 6.83 inci AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Kedua-dua model juga dilengkapi sistem tiga kamera dengan sensor utama 50MP, telefoto periskop 50MP (zum optikal 3.5x) dan ultra lebar.

    Varian Pro menambah baik dengan sensor Sony LYT700C serta pemprosesan imej TrueLens Engine yang menyokong ciri seperti Ultra XDR dan HDR video lebih baik. Kamera swafoto pula kekal 32MP untuk kedua-duanya. Untuk bateri, kedua-dua peranti menampilkan kapasiti 5080mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Ia menjalankan Nothing OS berasaskan Android 16 serta dijanjikan beberapa kemas kini Android utama.

    Dalam masa sama, Nothing turut memperkenalkan Headphone (a) yang dilengkapi pemacu 40mm, ANC adaptif dan sokongan codec LDAC. Bateri menjadi kelebihan utama dengan ketahanan sehingga 135 jam tanpa ANC. Bagi promosi pelancaran, pembelian Phone (4a) atau Phone (4a) Pro dari 10 hingga 30 April 2026 akan menerima jaminan lanjutan satu tahun bersama barangan eksklusif selagi stok masih ada.

    Peranti boleh didapati melalui beberapa rakan pengedar rasmi termasuk TMT, Urban Republic, DirectD, The Hello Station, U Mobile dan Untuk harga, Phone (4a) ditawarkan pada RM1,999 manakala versi Pro dijual pada RM2,299. Sementara itu, Headphone (a) hadir pada harga RM699. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured