More

    Siri Nubia Red Magic 9 dilancar: SD 8 Gen 3, RAM 16GB & storan 512GB bermula ~RM2,884

    Jenama Nubia milik ZTE secara rasmi memperkenalkan Red Magic 9 Pro dan Pro+, yang menawarkan spesifikasi terkini untuk telefon gaming. Kedua-dua model dilengkapi dengan cipset terkini Snapdragon 8 Gen 3, reka bentuk yang dikemaskini, kekunci bahu dan kipas penyejukan RGB.

    Dengan skrin AMOLED rata 6.8 inci berkeupayaan 1,116 x 2,480 piksel, kadar segar semula 120Hz, dan kamera depan 16MP yang tersembunyi di bawah skrin, peranti ini menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,600 nits dan pemalapan PWM 2,160Hz. Telefon ini mempunyai pengimbas cap jari UD yang berfungsi sebagai pemantau kadar jantung.

    Red Magic 9 dilengkapi dengan RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 256GB atau 512GB, manakala varian 9 Pro+ menawarkan konfigurasi RAM 16GB atau 24GB dan storan sehingga 1TB. Kedua-dua model mempunyai sistem penyejukan ICE 13 yang dikemaskini, merangkumi kawasan keseluruhan 10,182mm2, mengurangkan suhu telefon sehingga 18°. Sistem operasinya pula adalah Red Magic OS 9.0 berdasarkan Android 14.

    Susunan kamera merangkumi lensa utama 50MP dengan OIS dan lensa ultralebar 50MP. Kedua-dua peranti berbeza dalam kapasiti bateri dan kelajuan cas, dengan Red Magic 9 mempunyai bateri 6,500 mAh dan cas berkabel 80W, manakala 9 Pro+ menampilkan bateri 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 165W.

    Dibina dengan bingkai alumunium gred penerbangan dan belakang kaca rata, telefon ini menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, termasuk sokongan bicu audio dan pemancar IR. Dalam warna hitam, putih bening, dan hitam bening, Red Magic 9 Pro bermula pada CNY 4,399 (~RM2,884), manakala 9 Pro+ bermula pada CNY 5,499 (~RM3,606).

    Maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan antarabangsa dijangka akan diumumkan pada tarikh kemudian dan kami berharap siri ini akan dilancarkan di Malaysia. Kongsi pendapat anda anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured