More

    Siri OPPO Find X8 akan dilengkapi cipset “flagship” MediaTek Dimensity 9400

    OPPO bakal melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) baharu, OPPO Find X8, pada 21 November ini dan kini syarikat teknologi itu mengesahkan bahawa siri telefon ini akan dilengkapi cipset andalan terbaru oleh MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 9400. Ini bermaksud Find X8 akan menjadi siri telefon kedua yang dilengkapi cipset baharu ini, selepas siri vivo X200.

    Cipset ini mempunyai lapan teras, dengan satu teras utama Arm Cortex-X925 3.62GHz, tiga teras Cortex-X4 dan empat teras Cortex-A720. MediaTek mengatakan ia bakal menawarkan peningkatan prestasi teras tunggal sebanyak 35% dan prestasi multi-teras sebanyak 28% berbanding cipset generasi sebelumnya iaitu Dimensity 9300.

    Daripada segi penggunaan tenaga, cipset ini mempunyai kecekapan yang lebih tinggi sebanyak 40% berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, ia turut mempunyai NPU MediaTek generasi ke-8 yang menawarkan prestasi Model Bahasa Besar (LLM) lebih pantas sebanyak 80% dan lebih cekap tenaga sebanyak 35% untuk tugasan AI.

    Untuk grafik, ia mempunyai GPU Arm-Immortalis-G925 yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 41% dan kecekapan tenaga sebanyak 44% berbanding generasi sebelumnya. Ini bermaksud pengguna boleh bermain game dengan tetapan grafik tinggi dan kadar bingkai sekata dengan tempoh lebih lama.

    Selain cipset, OPPO turut berkongsi kebolehan fotografi Find X8, di mana ia dilengkapi pemproses signal imej MediaTek Imagiq 1090 serta teknologi Hasselblad Master Camera System dan Hasselblad HyperTone Image Engine untuk prestasi kamera yang lebih bagus berbanding OPPO Find X7.

    Antara fungsi kamera yang akan ditawarkan termasuklah zum yang dikuasakan AI, prestasi malap (lowlight) yang tinggi, rakaman video HDR, zum yang lebih lancar sewaktu bertukar lensa serta rakaman 4K60fps yang menggunakan kurang tenaga sebanyak 14%.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Find X8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured