More

    Siri OPPO Reno10 5G dapat sambutan yang menggalakan, jualan pertama melebihi jangkaan

    Siri OPPO Reno10 5G telah dilancarkan pada 6 Julai 2023, dengan reka bentuk kamera baharu. Siri itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat dan pengguna baharu dengan kadar pra-tempah yang lebih tinggi sebanyak +149% daripada siri OPPO Reno8 dan bilangan unit yang dijual meningkat sebanyak +40% pada hari jualan pertama.

    Siri kali ini lebih fokus pada fotografi potret telefoto di mana 30% pengguna OPPO APAC gemar jenis fotografi sebegitu. OPPO juga telah mendedikasikan lebih 1,000 pakar pengimejan dengan pelaburan tahunan lebih daripada 1 bilion yuan untuk membina dan menyempurnakan teknologi fotografinya.

    OPPO mahu mengecilkan jurang antara kamera telefon pintar dan DSLR dengan penambahbaikan hujung ke hujung yang meletakkan karya profesional di tangan semua orang. Berikut adalah harga siri OPPO Reno10 5G dengan konfigurasi yang ditawarkan:

    1. OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB+256GB) pada (RRP) RM3,499.
    2. OPPO Reno10 Pro 5G (12GB+256GB) pada (RRP) RM2,199.
    3. OPPO Reno10 5G (8GB+256GB) pada (RRP) RM1,799

    Anda boleh dapatkan siri Reno10 5G ini di My OPPO Space, kedai jenama OPPO dan pengedar sah OPPO atau dalam talian melalui platform e-dagang. Ketahui lebih lanjut mengenai kemas kini dan peranti baharu atau mengenai siri OPPO Reno10 di laman web rasmi OPPO di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured