More

    Siri OPPO Reno13 akan dilancar pada 25 November 2024, bersama Pad 3 dan Enco R3 Pro

    OPPO mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaharu, OPPO Reno13, buat kali pertama di China pada hari Isnin, 25 November 2024. Buat masa ini, OPPO masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai rekaan atau spesifikasi telefon tersebut, namun syarikat itu akan memperkenalkan maskot baharu “Reno Girl” pada waktu pelancarannya.

    Pengumuman untuk OPPO Reno13 dalam Weibo

    Sungguh pun demikian, sudah terdapat beberapa imej OPPO Reno13 yang tertiris dalam media sosial. Ia terdiri daripada dua varian utama, OPPO Reno13 dan OPPO Reno13 Pro, dan mempunyai rekaan berbeza dengan Reno12 atau Reno11 sebelum ini, sebaliknya lebih menyerupai kepada siri iPhone 16.

    Spesifikasi yang dikhabarkan termasuklah skrin OLED 6.78 inci dengan resolusi 1264×2780, cipset MediaTek Dimensity 9300, kamera telefoto periskop dengan zum optikal 3x, bateri 5,900mAh, pengecasan pantas 80W dan pengecasan wayarles 50W.

    Meskipun maklumat mengenai siri OPPO Reno13 masih tidak diketahui, ia akan dilancar bersama dua lagi peranti iaitu tablet OPPO Pad 3 dan fon telinga wayarles OPPO Enco R3 Pro.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...