More

    Siri realme 7 sah dilancarkan 3 September ini, spesifikasi realme 7 Pro bocor!

    Sebelum ini, ura-ura mengenai kewujudan siri realme 7 masih lagi tidak jelas kerana kesemua sumber tidak ingin salah mentafsir bahawa realme 7 mungkin adalah realme X7 yang akan dilancarkan 1 September ini. Terkini, realme sendiri mengesahkan bahawa siri realme 7 akan dilancarkan di India.

    realme 7 dan realme 7 Pro sah akan dilancarkan di India pada 3 September 2020. Tarikh pelancaran ini terpapar pada poster yang telah dikongsi oleh realme sendiri. Melalui poster, anda juga boleh melihat spesifikasi pengecasan pantas 65W dan acahan tetapan kamera yang lebih baik.

    Di sisi yang lain pula, sumber telah mendedahkan jangkaan spesifikasi realme 7 Pro. realme 7 Pro bakal hadir dengan Snapdragon 720G (sama seperti realme 6 Pro), tetapi dengan skrin 6.4 inci FHD+ AMOLED, bateri 4500mAh, kamera utama SONY IMX682 64MP + 8MP 119 degree ultra lebar + 2MP potret monokrom + 2MP makro dengan kamera swafoto 32MP.

    Tambah sumber, realme 7 Pro bakal dilengkapi dua pembesar suara stereo, berukuran 160.9 x 74.3 x 8.7mm, berat 182g, sensor cap jari dalam paparan, konfigurasi 6GB+128GB/8GB+128HN dengan dua pilihan warna Mirror Blue, Mirror Silver.

    Apa pun, yang pastinya ia bakal dilancarkan di India pada 3 September ini, manakal yang belum pasti adalah spesifikasi selain daripada pengecasan pantas 65W. Adakah anda teruja dengan kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Baca berita lepas mengenai peranti-peranti realme!

    Sumber: 1 | 2 melalui Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured