More

    Siri Samsung Galaxy S24 akan dilengkapi fungsi komunikasi satelit

    Sejak Apple memperkenalkan fungsi telekomunikasi satelit dalam siri iPhone 14, beberapa syarikat teknologi lain ingin turut memperkenalkan fungsi yang serupa dalam telefon pintar mereka. Kini Samsung mengesahkan bahawa siri telefon pintar seterusnya, Samsung Galaxy S24, akan dilengkapi teknologi komunikasi satelit.

    Menurut laporan daripada media Korea Selatan, telefon Samsung akan menawarkan fungsi tersebut bermula tahun hadapan, di mana ia boleh digunakan sewaktu kecemasan sahaja. Kenyataan ini dibuat oleh Park Yong-in, ketua pegawai eksekutif untuk Samsung System LSI.

    Dengan fungsi ini, pengguna boleh menghubungi pihak berkuasa jika mereka berada dalam situasi kecemasan di tempat yang terpencil dan tidak menerima sebarang signal telefon.

    Beliau tidak menyatakan nama telefon secara spesifik, namun logik untuk kita andaikan bahawa siri telefon pertama yang akan dilengkapi teknologi ini adalah siri Samsung Galaxy S24. Sungguh pun begitu, masih tidak diketahui jika semua varian akan menerima teknologi ini atau hanya untuk beberapa varian terpilih sahaja.

    Sebelum ini, HUAWEI P60 juga telah memperkenalkan fungsi komunikasi satelit sewaktu kecemasan. Untuk siri iPhone 15 pula, Apple meluaskan lagi fungsi komunikasi satelit dengan membenarkan pengguna untuk memohon perkhidmatan menarik kenderaan jika mereka terkandas di tepi jalan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sisa Journal

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured