More

    Siri Samsung Galaxy S25 akan dilancar pada 23 Januari 2025

    Samsung telah mengumumkan acara pelancaran Galaxy Unpacked seterusnya yang akan berlangsung pada hari Khamis, 23 Januari 2025 pada jam 2:00 pagi waktu Malaysia. Dalam acara tersebut, syarikat teknologi Korea Selatan itu dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan yang terbaharu untuk tahun ini iaitu siri Samsung Galaxy S25.

    Anda boleh tonton siaran langsung acara tersebut di laman web Samsung Malaysia, YouTube, Instagram, Facebook dan LinkedIn. Acara fizikal akan diadakan di San Jose, Amerika Syarikat.

    Jika anda sudah mempunyai minat untuk beli siri Galaxy S25 kelak, anda boleh daftarkan diri di laman web Samsung Malaysia dan anda berpeluang mendapatkan e-baucar bernilai RM200 serta hadiah-hadiah menarik. Anda perlu daftarkan diri sebelum 22 Januari 2025 untuk menyertai promosi ini.

    Setakat ini, Samsung masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai siri peranti Galaxy S25. Ia dijangka akan ditawarkan dalam tiga varian utama iaitu Samsung Galaxy S25, Samsung Galaxy S25+ dan Samsung Galaxy S25 Ultra, serta satu varian baharu iaitu Samsung Galaxy S25 Slim.

    Rekaan luarannya juga diramal tidak banyak berubah daripada siri Galaxy S24. Untuk spesifikasi dalaman, semua negara termasuk Malaysia dijangka akan menerima siri Galaxy S25 dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite. Ini adalah berbeza dengan siri Galaxy S24 di mana beberapa negara terpilih menerima cipset Snapdragon 8 Gen 3, manakala lain-lain negara (termasuk Malaysia) menerima cipset Samsung Exynos 2400.

    Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+
    Samsung Galaxy S24 Ultra

    Di samping itu, siri Galaxy S25 dijangka akan menawarkan lebih banyak fungsi kecerdasan buatan (AI), termasuklah langganan percuma untuk perkhidmatan Gemini Advanced.

    Adakah anda berminat dengan siri Samsung Galaxy S25? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...