Selepas dilancarkan di China pada bulan lalu, siri vivo X200 akhirnya kini tiba secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Walaupun siri ini mengandungi tiga model iaitu vivo X200, vivo X200 Pro dan vivo X200 mini, namun hanya dua model yang ditawarkan di Malaysia.
vivo X200 Pro dilengkapi dengan skrin LTPO OLED melengkung 6.78 inci yang menawarkan resolusi 1.5K (2800 x 1260), kadar segar semula antara 1Hz hingga 120Hz, kecerahan maksimum 4500 nits serta sokongan paparan HDR10+. Ia dikuasakan oleh cip Dimensity 9400 dan menggabungkan RAM LPDDR5X Ultra Pro 16GB bersama 16GB RAM maya tambahan.


Storan dalaman pula ialah 512GB dengan teknologi UFS 4.0 sementara sistem operasinya berasaskan Funtouch OS 15 yang dibina di atas Android 15. Kamera utama vivo X200 Pro terdiri daripada tiga sensor 50MP + 50MP + 200MP yang disertai cip pengimejan vivo V3+ dan lensa ZEISS T* bagi mengurangkan pantulan.
Kamera swafotonya pula menawarkan resolusi 32MP dengan pelbagai mod potret dan kebolehan rakaman video profesional. Bateri peranti ini mempunyai kapasiti 6,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 90W dan pengecasan wayarles 30W. Ciri-ciri lain termasuk pengimbas cap jari ultrasonik, perlindungan kalis air dan debu (IP68/IP69) serta sistem panggilan kecemasan Bluetooth SOS yang boleh berfungsi dalam jarak sehingga 4km namun ia tidak tersedia di Malaysia.


vivo X200 pula hadir dengan skrin OLED melengkung 6.67 inci dengan resolusi 1.5K (2800 x 1260), kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksimum 4500 nits dan sokongan HDR10+. Seperti model Pro, ia juga menggunakan cip Dimensity 9400 dengan RAM LPDDR5X 16GB serta RAM maya tambahan 16GB.
Storan dalaman ialah 512GB dengan UFS 4.0 dan ia turut menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Untuk konfigurasi kamera, vivo X200 dilengkapi tiga sensor 50MP, cip pengimejan vivo V3+ serta lensa ZEISS T* yang sama dengan model Pro. Kamera swafotonya juga menawarkan resolusi 32MP dan menawarkan pelbagai ciri potret dan rakaman video.


Bateri vivo X200 berkapasiti 5,800 mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 90W tetapi tiada pengecasan wayarles. Ia turut menampilkan sensor cap jari ultrasonik dan kalis air serta debu (IP68/IP69). vivo X200 ditawarkan pada harga RM3,599 dan hadir dalam warna Midnight Black serta Aurora Green. Pembeli akan menerima hadiah percuma termasuk vivo TWS 3e.
vivo X200 Pro dijual pada harga RM4,699 dengan warna pilihan Midnight Black dan Titanium Grey. Pembeli awal akan menerima hadiah bernilai RM1,787 termasuk pengecas wayarles 50W, beg laptop vivo, jaminan tambahan satu tahun dan rebat tukar beli sehingga RM500.

Spesifikasi penuh vivo X200:
- Skrin menggunakan panel OLED melengkung bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 1.5K (2800 x 1260 piksel), kadar segar semula 120Hz, paparan HDR10+ dan kecerahan maksimum 4500 nits
- Cipset Dimensity 9400
- RAM LPDDR5X 16GB + RAM Maya 16GB
- Storan dalaman UFS 4.0 512GB
- Kamera 50MP (lebar) + 50MP (telefoto periskop) + 50 MP (ultra lebar) dengan cip pengimejan vivo V3+ serta lensa ZEISS T*
- Kamera swafoto 32MP
- Kapasiti bateri 5,800 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W (tiada pengecasan wayarles)
- Ciri lain termasuk Funtouch OS 15 berasaskan Android 15, perlindungan IP68/IP69 dan pengimbas cap jari ultrasonik
- Harga: RM3,599
Spesifikasi penuh vivo X200 Pro:
- Skrin menggunakan panel LTPO OLED melengkung berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1.5K (2800 x 1260), kadar segar semula adaptif antara 1Hz hingga 120Hz, paparan HDR10+ serta kecerahan maksimum 4500 nits
- Dimensity 9400
- RAM LPDDR5X Ultra Pro 16GB + RAM maya 16GB
- Kamera 50MP (lebar) + 50MP (ultra lebar) + 200MP (telefoto periskop) dengan cip pemprosesan imej vivo V3+ dan lensa ZEISS T* anti-reflektif
- Storan dalaman UFS 4.0 512GB
- Kamera swafoto 32MP
- Bateri berkapasiti 6,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Flash Charge 90W dan wayarles 30W
- Ciri lain termasuk Funtouch OS 15 berasaskan Android 15, pengimbas cap jari ultrasonik, perlindungan IP68/IP69 untuk kalis air dan debu serta ciri panggilan kecemasan Bluetooth SOS sejauh 4km (belum tersedia di Malaysia)
- Harga: RM4,699

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu telefon dalam siri vivo X200 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






