More

    Siri Xiaomi 13 bakal dilancar di Malaysia pada 27 Februari ini

    Berita baik kepada peminat Xiaomi di Malaysia kerana siri Xiaomi 13 bakal dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari ini. Jika dilihat daripada poster pelancarannya, Xiaomi hanya akan melancarkan Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Di China, terdapat varian Xiaomi 13 Lite dan Xiaomi 13 Ultra.

    Dilaporkan bahawa Xiaomi 13 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X, memori UFS 4.0, penyejukan cecair VC super besar, bateri 4,500mAh, menyokong pengecasan pantas 67W dan pengecasan terbalik.

    Xiaomi 13 Pro dilengkapi dengan tiga lensa profesional Leica termasuk kamera utama Sony IMX 989 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 50MP. Sebagai rujukan, harga siri Xiaomi 13 bermula dari 3,999 yuan (~RM2,585) di China. Bagi harga di Malaysia, ia akan diumumkan pada hari pelancaran rasminya iaitu 27 Februari ini pada pukul 2 petang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured