More

    Siri Xiaomi Redmi K50 lulus pensijilan 3C, miliki Dimensity 9000 dan pengecasan pantas sehingga 120W

    Sebelum ini dilaporkan bahawa siri Redmi K50 akan mempunyai tiga versi cip berbeza iaitu Snapdragon 870, Dimensity 8000, dan Dimensity 9000 yang akan digunakan pada Redmi K50, Redmi K50 Pro serta Redmi K50 Pro+. Menurut laporan, siri Redmi K50 telah lulus pensijilan 3C menggunakan nombor model 22011211C, 22041211AC dan 22021211RC.

    Dua daripadanya dilengkapi pengecasan 67W manakala versi Super Cup Dimensity 9000 ialah 120W. Sebelum ini dilaporkan bahawa sarung pelindung telefon bimbit siri Redmi K50 terdedah dalam talian menunjukkan bahawa telefon itu mempunyai tiga kamera belakang dan susun atur kamera berbentuk tiga segi.

    Imej baharu yang tertiris menunjukkan telefon bimbit siri Redmi K50 menggunakan kamera 108MP dan menggunakan denyar LED yang panjang. Pengimbas cap jari pula terletak di bahagian sisi pada butang kuasa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured