More

    SKMM teroka teknologi satelit baharu untuk tingkatkan liputan internet di luar bandar

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneroka penggunaan teknologi satelit low-earth-orbit (LEO) untuk memperbaiki liputan internet terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil.

    Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen SKMM untuk meningkatkan perkhidmatan internet dan infrastruktur komunikasi di seluruh negara. Inisiatif ini juga bertindak balas terhadap aduan orang ramai mengenai masalah liputan internet.

    Dalam Fasa 1 inisiatif Jendela di Sarawak, 524 daripada 902 menara komunikasi baharu telah siap, manakala 4,376 stesen pemancar telah dinaik taraf. Selain itu, lebih 150,000 premis kini mempunyai akses gentian optik dan 523 lokasi menerima perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit.

    Di kawasan parlimen Julau, lima menara komunikasi baharu beroperasi dengan lebih 900 premis mendapat akses gentian optik dan 46 lokasi menikmati perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar. Fasa 2 Jendela akan melibatkan peningkatan internet di 2,700 lokasi dengan SKMM menilai teknologi terbaik untuk digunakan.

    Teo memberi jaminan bahawa masalah menara komunikasi yang siap tetapi belum beroperasi akan diselesaikan termasuk dengan penggunaan teknologi satelit sementara. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured