More

    Snapdragon 7 Gen 4 dilancar dengan prestasi lebih pantas, Wi-Fi 7 dan AI

    Qualcomm hari ini memperkenalkan cip mudah alih terbaharu dengan Snapdragon 7 Gen 4 yang menjanjikan pengalaman multimedia dan AI bertaraf premium kepada lebih ramai pengguna. Cip ini membawa peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya termasuk CPU 27% lebih pantas, grafik GPU 30% lebih laju dan prestasi AI yang meningkat sehingga 65%.

    Snapdragon 7 Gen 4 juga menyokong penggunaan AI generatif seperti pembantu maya dan model bahasa besar (LLM) serta teknologi penjanaan imej stable diffusion terus dari peranti tanpa memerlukan sambungan internet.

    Untuk hiburan, ia hadir dengan audio-visual yang mengagumkan dengan teknologi Snapdragon Soundâ„¢ dan buat kali pertama dalam siri ini, ia menyokong XPAN (Expanded Personal Area Network) yang mana sebelum ini hanya tersedia dalam cip andalan Snapdragon 8.

    Pengeluar telefon pintar terkemuka seperti HONOR dan vivo telah mengesahkan akan menggunakan Snapdragon 7 Gen 4 dalam model baharu mereka yang dijangka diumumkan dalam bulan ini. Dengan gabungan prestasi, keupayaan AI dan teknologi multimedia, Snapdragon 7 Gen 4 dijangka menjadi pilihan utama untuk pengguna yang mahukan kuasa flagship pada harga lebih berpatutan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured