More

    Sony capai penghantaran 20 bilion untuk penderia imej sejak 1980-an

    Sony Semiconductor Manufacturing, syarikat yang menghasilkan sensor imej untuk kamera telefon pintar, mengumumkan pencapaian besar dengan penghantaran sebanyak 20 bilion sensor imej sejak ia mula menghasilkan transistor pada tahun 1980-an.

    Presiden Sony Semiconductor, Yoshihiro Yamaguchi, dalam temu bual bersama Nikkei Asia berkata bahawa permintaan daripada peranti mudah alih merupakan faktor utama pencapaian ini. Jumlah penghantaran sensor imej meningkat dua kali ganda daripada 10 bilion pada tahun 2019 kepada 20 bilion pada tahun 2024, hanya dalam tempoh lima tahun.

    Kadar peningkatan ini didorong oleh penggunaan lebih banyak kamera dalam telefon pintar. Bermula dengan kemunculan telefon pintar berkamera dwi pada tahun 2016 dan 2017, kini peranti dengan empat kamera menjadi kebiasaan dalam pelbagai kategori harga. Bahagian semikonduktor Sony mengendalikan tiga kilang utama yang terletak di Kumamoto, Nagasaki dan Oita.

    Kilang di Nagasaki dan Oita khususnya memfokuskan pada pembangunan ISP (Pemproses Isyarat Imej) untuk peranti mudah alih. Selain itu, syarikat ini turut berusaha untuk menyediakan sensor untuk pelbagai aplikasi lain seperti peranti dalam kenderaan, kilang pintar, kamera ICT pintar, peranti laser dan pusat data.

    Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Sony Semiconductor sebagai peneraju global dalam industri sensor imej. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nikkei Asia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured