More

    Sony Malaysia anjurkan promosi akhir tahun dengan peluang menangi hadiah bernilai RM77,000

    Pada masa ini, Sony Malaysia sedang menganjurkan sebuah promosi akhir tahun yang akan berlangsung bermula hari ini (7 November 2022) sehingga 1 Januari 2023. Pelbagai jenis produk Sony akan dijual pada harga diskaun sepanjang tempoh ini.

    Di samping itu, para pelanggan juga boleh menyertai pertandingan Buy & Win Contest For 2022 di mana mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM77,000. Terdapat juga hadiah mingguan berupa kredit Touch & Go bernilai RM100 yang akan diberikan kepada lima orang pemenang pada setiap minggu.

    Pertandingan ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang membeli produk Sony terpilih dalam tempoh promosi ini dan mendaftarkan produk itu untuk waranti di laman web Sony Malaysia.

    Hadiah-hadiahnya termasuklah televisyen Sony BRAVIA XR OLED 4K TV XR-65A80K, pembesar suara Sony Soundbar HT-A9, kamera Sony Digital Camera ZV-1 dan fon kepala wayarles Sony Noise Cancelling Headphones WH-1000XM5. Para pemenang akan diumumkan pada 15 Februari 2023 di laman Facebook Sony Malaysia.

    Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan pertandingan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured