More

    Sony sahkan PlayStation 5 akan dilancarkan hujung tahun ini

    Sony telah mengemas kini laman web PlayStation dengan menulis PlayStation 5 is coming (Playstation 5 akan muncul) dan tempoh pelancarannya pada musim hujung 2020. Ini adalah berita rasmi yang terbaru daripada syarikat itu selepas pembentangan butiran teknikal tentang PS5 oleh Mark Cerny pada minggu lalu.

    Berita ini bertentangan dengan laporan oleh Forbes dan firma kajian industri permainan video DFC Intelligence yang mengatakan bahawa pelancaran PS5 mungkin akan ditangguh kerana wabak COVID-19 yang mengganggu rantai bekalan untuk pengilangan konsol tersebut.

    Sementara itu, industri pengilangan di China yang kini menyambung operasi secara perlahan-lahan mungkin membolehkan PS5 untuk mengekalkan pelancarannya pada hujung tahun ini, menurut penganalisa industri permainan video Daniel Ahmad.

    PS5 akan dilengkapi dengan prestasi kiraan (compute performance) CPU sehingga 10.28 teraflop, GPU AMD Radeon RDNA 2-based, SSD 825GB dan RAM 16GB. Walaupun spesifikasi penuh konsol tersebut telah diumumkan, kita masih belum mengetahui rupa bentuk konsol tersebut.

    Adakah anda merancang untuk membeli PS5 sebaik sahaja ia dilancarkan dalam pasaran Malaysia? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PlayStation UK, WCCFTech

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured