More

    Sony Xperia 5 V dilancar di Malaysia: Skrin OLED 6.1″ dan RAM 8GB berharga RM4,999

    Sony Malaysia dengan senyap telah melancarkan Xperia 5 V generasi kelima pada laman web rasminya. Ia boleh didapati dalam warna hitam di kedai atas talian Sony dengan harga RM4,999 di mana pembelian awal dari hari ini sehingga 31 Disember, akan menerima kredit RM50 untuk Touch ‘n Go e-Wallet dan fon telinga WF-1000XM5 sebagai insentif tambahan.

    Xperia 5 V menampilkan paparan OLED 1080p sebesar 6.1 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, Corning Gorilla Glass Victus 2 dan penarafan kalis habuk dan air IP68. Selain dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, ia dilengkapi dengan RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikroSD.

    Telefon ini mempunyai konfigurasi dwi-kamera di bahagian belakang, terdiri daripada kamera utama 48MP dengan OIS dan lensa ultra-lebar 12MP manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 12MP.

    Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W, pengecasan wayarles dan pengecasan tanpa wayar terbalik (reverse charging). Spesifikasi penting lain termasuk slot kad mikroSD, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, dwi SIM dan Bluetooth 5.3.

    Untuk memudahkan anda, berikut adalah spesifikasi ringkas Sony Xperia 5 V:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2
    • Paparan OLED 1080p sebesar 6.1 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz
    • RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikroSD.
    • Dwi-kamera belakang: Kamera utama 48MP dengan OIS + lensa ultra-lebar 12MP
    • Kamera swafoto 12MP
    • Bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 30W, pengecasan wayarles dan reverse charging
    • Spesifikasi lain termasuk: Corning Gorilla Glass Victus 2, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo, dwi SIM dan Bluetooth 5.3

    Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi Sony. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Sony

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured