More

    Spesifikasi OnePlus 11 5G didedah: Bakal tampilkan skrin AMOLED 6.7″, RAM 16GB dan bateri dwi-pek

    OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2 akan dilancarkan tidak lama lagi pada 7 Februari 2023 dan spesifikasi peranti ini telah muncul dalam talian melalui pensijilan TENAA.

    Menurut pensijilan, OnePlus 11 5G akan menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, RAM 12GB dan 16GB serta storan 256GB dan 512GB. Ia akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 baharu.

    Selain itu, terdapat tri-kamera di belakang yang terdiri daripada sensor 50MP (utama) + 48MP + 32MP. Ia tidak menunjukkan jenis sensor untuk kedua-dua kamera tersebut tetapi kami jangkakan ia akan menggunakan sensor ultralebar dan telefoto. Kamera hadapnnya pula membawa sensor 16MP.

    Spesifikasi lain yang dilihat termasuk bateri 2,435mAh tetapi telefon ini akan mempunyai dwi-pek menjadikan jumlahnya 4,879mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W.

    Selain itu, terdapat butiran lain dalam pensijilan TENAA seperti 3216 x 1440 piksel, ukuran 163.1 x 73.1 x 8.53 mm dan seberat 205g. Nampkanya, Alert Slider akan membuat kemunculan semula dan perisian kameranya akan menggunakan teknologi Hasselblad.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured