More

    Spesifikasi utama Xiaomi Redmi Turbo 5 tertiris, dedahkan cip baharu dan bateri besar

    Xiaomi dilapor sedang bersiap sedia untuk melancarkan Redmi Turbo 5 iaitu sebuah peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi yang dilihat semakin hampir kepada kategori premium. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, model ini juga dijangka dipasarkan secara global sebagai POCO X8 Pro.

    Redmi Turbo 5 dikatakan akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8500 Ultra yang merupakan naik taraf daripada Dimensity 8400 Ultra pada generasi sebelumnya. Cip baharu ini dijangka memberi peningkatan ketara daripada segi prestasi gaming dan pengurusan tenaga. Ia juga akan hadir dengan paparan rata bersaiz sekitar 6.6 inci bersama resolusi 1.5K.

    Skrin ini menggunakan reka bentuk large R-angle bagi memberikan sudut lengkung yang selesa dilihat selain mengekalkan penampilan moden seperti model andalan. Salah satu kelebihan utama Redmi Turbo 5 ialah kapasiti baterinya yang sangat besar yang dianggarkan melebihi 7,500 mAh.

    Menariknya, Xiaomi dilapor berjaya mengekalkan rekaan peranti yang nipis dan ringan walaupun menggunakan bateri besar. Bagi versi Pro pula, terdapat khabar angin yang menyebut kapasiti mungkin mencecah 8,000 mAh yang akan menjadikannya antara telefon pintar dengan bateri terbesar di pasaran ketika ini.

    Seperti siri Turbo sebelum ini, Redmi Turbo 5 akan dijenamakan semula sebagai POCO X8 Pro untuk pasaran antarabangsa. Buat masa ini, Xiaomi masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran, namun laporan dalaman menjangkakan ia akan diperkenalkan sekitar suku pertama 2026. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...