More

    Tahap kesetiaan pengguna iPhone cecah 96.4%, hanya 3.6% rancang beralih ke Android

    Satu tinjauan oleh SellCell mendapati tahap kesetiaan pengguna terhadap Apple terus meningkat dengan 96.4% pengguna iPhone dijangka kekal menggunakan jenama sama untuk pembelian seterusnya. Kajian melibatkan lebih 5,000 pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat itu turut menunjukkan hanya 3.6% pengguna iPhone merancang untuk beralih ke Android.

    Sebaliknya, dalam kalangan pengguna Android, sebanyak 13.6% menyatakan hasrat untuk beralih ke iPhone bersamaan kira-kira 3.7 kali lebih tinggi berbanding pergerakan arah bertentangan. Data turut menunjukkan peningkatan ketara dalam loyaliti iPhone sejak beberapa tahun lalu yang naik daripada 90.5% pada 2019 kepada 96.4% pada 2026 dengan lonjakan terbesar berlaku selepas 2021.

    Faktor utama pengguna kekal dengan iPhone adalah sistem operasi iOS dengan 60.8% responden memilih sebab ini. Selain itu, 17.4% menyatakan mereka terikat dengan ekosistem Apple diikuti faktor kebolehpercayaan produk, kemudahan penggunaan serta kepercayaan terhadap aspek keselamatan dan privasi.

    Bagi pengguna iPhone yang mempertimbangkan untuk beralih ke Android, harga dikenal pasti sebagai faktor utama. Perlu diingatkan bahawa kajian ini tidak mewakili pembeli di seluruh dunia memandangkan kajian hanya dilakukan dalam satu negara sahaja. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SellCell

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured