More

    TECNO PHANTOM V Flip 5G dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 6.9″, skrin luaran 1.32″ bermula RM2,899

    Selepas memuat naik sebuah poster acahan pada awal minggu ini, TECNO Malaysia akhirnya mengumumkan kehadiran telefon pintar lipat TECNO PHANTOM V Flip 5G untuk pasaran tempatan. Ia masih belum disenaraikan dalam laman web rasmi TECNO Malaysia, namun ia sudah dipaparkan dalam Lazada dan Shopee.

    Telefon lipat ini mempunyai skrin utama berukuran 6.9 inci yang boleh dilipat, dengan panel AMOLED, kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080 x 2640. Seperti kebanyakan telefon lipat lain, ia mempunyai skrin luaran berbentuk bulat yang berukuran 1.32 inci dengan panel AMOLED dan resolusi 466 x 466.

    TECNO mengatakan engsel telefon ini boleh bertahan sehingga 200,000 lipatan, manakala garis lipatan pada skrinnya tidak begitu jelas, dengan kedalaman 0.11mm sahaja.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 8050, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 4,000mAh dan pengecasan pantas 45W. Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka HiOS 13.5.

    Ia mempunyai dua kamera di bahagian belakang, iaitu kamera utama 64MP dan kamera ultra-lebar 13MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk TECNO PHANTOM V Flip 5G:

    • Skrin utama AMOLED 120Hz, 6.9 inci, resolusi 1080 x 2640, kecerahan puncak 1,000 nits
    • Skrin luaran AMOLED, 1.32 inci, resolusi 466 x 466, kecerahan puncak 800 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 8050 (6nm)
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 12MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,000mAh
    • Pengecasan pantas 45W
    • Sistem operasi Android 13 dengan HiOS 13.5
    • Pembesar suara stereo
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Port USB-C
    • Pilihan warna hitam Iconic Black, ungu Mystic Dawn
    • Harga: RM2,999

    TECNO Malaysia akan menganjurkan promosi khas pada 5-7 Oktober 2023, di mana para pelanggan boleh membeli PHANTOM V Flip 5G pada harga diskaun iaitu RM2,899 sahaja. Pelanggan juga akan menerima telefon TECNO Spark Go secara percuma.

    Dengan harga ini, ia membuatkan TECNO PHANTOM V Flip 5G telefon lipat gaya clamshell yang paling mampu milik dalam pasaran Malaysia, lebih murah berbanding Samsung Galaxy Z Flip5 dan OPPO Find N2 Flip.

    "
    "

    Layari laman TECNO Malaysia dalam Lazada atau Shopee untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured