More

    Teknologi cas pantas realme 320W SUPERSONIC boleh cas penuh bateri telefon dalam 4 minit

    realme telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas yang terbaharu untuk telefon pintar iaitu 320W SUPERSONIC iaitu kadar paling pantas dalam dunia. Syarikat teknologi China itu berkata teknologi ini boleh mengecas penuh bateri sebuah telefon pintar sesingkat empat minit 30 saat sahaja.

    Mereka juga mengatakan ia boleh mengecas bateri daripada 26% kepada 50% dalam masa kurang daripada dua minit. Untuk keselamatan, teknologi ini mempunyai AirGap Voltage Transformer yang boleh memisahkan voltan tinggi daripada bateri jika ia mengesan satu masalah.

    Sewaktu mengecas, ia menggunakan voltan 20V untuk melindungi bateri sambil mengekalkan kecekapan penukaran (conversion efficiency) dan pengurusan haba yang tinggi, bagi menghasilkan kecekapan tenaga setinggi 98%.

    Lebih menarik, palam pengecas 320W SUPERSONIC yang digelar Pocket Cannon mempunyai saiz yang sama dengan pengecas 240W dalam realme GT3 sebelum ini. Ia menyokong protokol pengecasan yang canggih termasuklah UFCS (sehingga 320W), Power Delivery (PD) dan SUPERVOOC.

    Pengecas Pocket Cannon

    Ia juga mempunyai dua output USB-C bagi membenarkan pengecasan untuk dua peranti serentak, dengan kadar sehingga 150W untuk telefon realme dan 65W untuk komputer riba.

    Selain teknologi pengecasan baharu, realme juga memperkenalkan bateri lipat empat sel (quad-cell folded battery) yang pertama di dunia, dengan kapasiti 4,420mAh. Setiap sel mempunyai ketebalan 3mm dan boleh dilipat bagi membenarkan pengecasan yang pantas tanpa perlu meningkatkan saiz peranti.

    Setakat ini, realme masih belum mengumumkan telefon yang akan dilengkapi teknologi 320W SUPERSONIC. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured