More

    Telefon “gaming” Lenovo Legion 2 Pro dikesan dalam Geekbench, dilengkapi RAM 16GB

    Lenovo sudah pun mengesahkan kewujudan telefon pintar gaming Lenovo Legion 2 Pro pada minggu lepas dengan mengacah sistem penyejukannya. Kini sebuah telefon Lenovo dengan spesifikasi tercanggih telah pun dikesan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench dan ia mungkin merujuk kepada Lenovo Legion 2 Pro.

    Telefon dengan nombor model L70081 mempunyai papan induk “lahaina” iaitu kod nama untuk cipset Snapdragon 888. Ia juga akan dilengkapi RAM 16GB dan sistem operasi Android 11. Daripada segi markah penanda arasnya, ia mempunyai markah 1,130 untuk teras tunggal dan 3,779 untuk multi-teras.

    Maklumat lanjut tentang telefon ini masih belum diketahui. Ia bakal menjadi sekuel kepada telefon gaming pertama oleh Lenovo, Lenovo Legion Phone Duel, yang dilancar pada Julai lepas. Telefon itu menampilkan kamera swafoto unik di mana ia berada pada bahagian sisi telefon dan mempunyai mekanisme pop-up.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured