More

    Telefon pintar OpenAI dengan cip khas dijangka tiba pada 2028

    Menurut laporan terbaharu, OpenAI kini sedang membangunkan sebuah telefon pintar dengan keupayaan “Agentic AI” sebenar yang dijangka memasuki fasa pengeluaran besar-besaran sekitar 2028. Peranti ini dilapor akan menawarkan AI secara terus pada peranti untuk tugasan asas manakala proses lebih berat akan diproses melalui awan.

    Bagi perkakasan, OpenAI dikatakan bekerjasama dengan MediaTek dan Qualcomm untuk membangunkan cip khas dengan Luxshare dilantik sebagai rakan eksklusif bagi reka bentuk bersama dan pembuatan. Perubahan paling ketara adalah pada antara muka di mana telefon ini dikatakan tidak lagi menggunakan sistem berasaskan aplikasi seperti biasa.

    Sebaliknya, ia akan memperkenalkan konsep “task stream” dengan paparan berpusat yang menunjukkan tugasan serta statusnya secara langsung pada skrin utama tanpa perlu buka app berasingan. Laporan sama turut menyatakan OpenAI akan membina ekosistem Agentic AI baharu dengan sokongan pembangun pihak ketiga selain menekankan keperluan peranti untuk sentiasa memahami konteks pengguna secara berterusan.

    Ia memberi gambaran kepada fungsi AI sentiasa aktif pada peringkat cip yang berpotensi mengubah cara interaksi pengguna dengan peranti harian. OpenAI juga dijangka akan menggabungkan langganan AI mereka bersama peranti ini sebagai sebahagian pakej penggunaan. Perkembangan ini hadir selepas OpenAI mengambil alih startup “io” milik Jony Ive tahun lalu.

    Ketika itu, Sam Altman dan Ive mendedahkan pelan untuk membina “keluarga peranti” berasaskan AI termasuk spekulasi melibatkan AI Pen, fon telinga pintar dan juga pembesar suara pintar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Ming-Chi Kuo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...