More

    Tempahan siri Samsung Galaxy S25 melalui Maxis, U Mobile dan CelcomDigi kini dibuka!

    Tempahan untuk siri Samsung Galaxy S25 kini dibuka di Maxis, U Mobile dan CelcomDigi dengan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan. Tiga varian utama tersedia iaitu Galaxy S25, Galaxy S25 Plus dan Galaxy S25 Ultra yang semuanya dilengkapi memori 512GB dengan pilihan 1TB untuk model Ultra.

    Maxis

    Maxis menawarkan pelan Zerolution bermula dari RM100/bulan dengan kelebihan sehingga 36 bulan ansuran tanpa faedah dan tanpa memerlukan kad kredit. Bagi pelanggan yang memilih Galaxy S25 atau S25 Plus, mereka akan menerima Samsung Galaxy Buds3 (bernilai RM599) secara percuma.

    Sementara itu, tempahan Galaxy S25 Ultra akan disertakan dengan tablet Samsung Galaxy Tab A9 LTE percuma. Pelan kontrak 24 bulan turut disediakan, dengan harga bermula RM2,899 untuk Galaxy S25. Untuk maklumat tempahan, sila klik di sini.

    U Mobile

    U Mobile, sebaliknya, menawarkan promosi eksklusif RM0 untuk tiga bulan pertama bagi tempahan Galaxy S25 model 256GB melalui pelan U PayLater 24 bulan. Harga ansuran bermula dari RM83/bulan atau RM1,679 jika dibeli terus.

    U Mobile juga satu-satunya penyedia yang menawarkan kedua-dua model 256GB dan 512GB untuk semua varian Galaxy S25. Walaupun tiada hadiah percuma, pelanggan menikmati data perayauan global di 63 destinasi. Untuk maklumat tempahan, sila klik di sini.

    CelcomDigi

    Bagi pelanggan CelcomDigi, mereka boleh mendapatkan siri Galaxy S25 serendah RM36/bulan melalui pelan Easy360 yang fleksibel dengan penjimatan sehingga RM3,466 dan tanpa bayaran pendahuluan. Pelanggan juga berpeluang menerima Samsung Galaxy Buds3 secara percuma dengan setiap tempahan sehingga 13 Februari 2025. Untuk maklumat tempahan, sila klik di sini.

    Kepada yang berminat, inilah peluang terbaik anda untuk memiliki siri Samsung Galaxy S25 dengan tawaran eksklusif daripada ketiga-tiga penyedia perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika ini menarik minat anda terhadap Galaxy S25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured