More

    Threads kehilangan separuh daripada pengguna aktif hariannya selepas seminggu pelancaran

    Threads telah mencapai lebih 100 juta pengguna sejak ia dilancarkan. Tetapi sudah pasti, dengan beberapa ciri yang tidak ada pada aplikasi tersebut, beberapa pengguna merasakan bahawa ia tidak terlalu mesra pengguna terutamanya apabila mereka ingin memadam akaun Threads dan harud memadam akaun Instagram sekali.

    Menurut laporan baharu dari SimilarWeb, bilangan pengguna aktif harian di Threads telah jatuh separuh jika dibandingkan dengan minggu pelancarannya. Aplikasi itu telah menurun daripada 49 juta kepada 23.6 juta pengguna aktif harian dalam masa satu minggu sahaja.

    Dalam pada itu, Threads hampir mencapai separuh daripada saiz Twitter pada hari terbaiknya setakat ini. Di bawah adalah pengambilan utama daripada laporan tersebut:

    Pada hari terbaiknya, 7 Julai, Threads mempunyai lebih daripada 49 juta pengguna aktif harian pada Android di seluruh dunia. Kiraan ini sekitar 45% daripada penggunaan Twitter yang mempunyai lebih daripada 109 juta pengguna Android aktif pada hari itu.
    Menjelang hari Jumaat, 14 Julai, Threads turun kepada 23.6 juta pengguna aktif, kira-kira 22% daripada pengguna Twitter.
    Penggunaan di Amerika Syarikat adalah paling banyak aktiviti, memuncak pada kira-kira 21 minit penglibatan pada aplikasi pada 7 Julai. Menjelang 14 Julai, itu berkurangan kepada lebih sedikit 6 minit.
    Dalam dua hari penuh pertama Threads disediakan secara umum, Khamis dan Jumaat, trafik web ke twitter.com menurun ke 5% berbanding hari yang sama pada minggu sebelumnya. Walaupun trafik naik semula untuk tujuh hari terbaharu, datanya masih turun 11% untuk tahun ke tahun.
    Pada hari-hari puncak pada Threads, pengguna aktif harian Twitter di Android di seluruh dunia hampir tidak berubah. Namun, masa yang dihabiskan berkurangan 4.3%, mungkin kerana sesetengah pengguna tidak menggunakan Threads. Walaupun dengan penurunan itu, bagaimanapun, purata jumlah masa yang dihabiskan di Twitter adalah kira-kira 25 minit.

    Aplikasi Threads masih banyak kekurangan ciri jika dibandingkan dengan Twitter. Namun, pembangunan untuk penambahan ciri telah di senaraikan dan pasti akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Similarweb

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured