More

    U Mobile lancarkan ULTRA5G, rangkaian 5G yang dipertingkat untuk kegunaan profesional

    U Mobile hari ini melancarkan ULTRA5G iaitu sebuah pengalaman 5G terbaru bagi menawarkan kelajuan yang lebih pantas dan liputan yang lebih luas kepada para penggunanya. ULTRA5G merupakan teknologi rangkaian pintar bertaraf perusahaan yang mampu memenuhi keperluan masa depan digital Malaysia yang semakin berkembang.

    Sewaktu pelancarannya pada hari ini, U Mobile menunjukkan demonstrasi penggunaan daripada rangkaian ULTRA5G, di mana mereka membuat penstriman langsung 4K untuk tunggangan roller-coaster dalam pusat beli-belah Berjaya Times Square di Kuala Lumpur. Penstriman tersebut boleh disiarkan tanpa sebarang gangguan, walaupun roller-coaster bergerak sepantas 70 km/j.

    Demonstrasi ULTRA5G untuk penstriman roller-coaster
    Demonstrasi ULTRA5G untuk realiti gabungan

    Mereka turut menunjukkan penggunaan dalam situasi realiti gabungan (mixed-reality) menggunakan beberapa set kepala realiti maya (VR) di mana pengguna boleh mengalaminya tanpa sebarang gangguan internet. Selain itu, mereka menunjukkan demonstrasi pemisahan rangkaian (network slicing) yang mempamerkan perbezaan perkhidmatan dan prestasi yang stabil.

    Menurut Ketua Pegawai Teknologi U Mobile Woon Ooi Yuen, ULTRA5G membuka peluang kepada penggunaan aplikasi maju seperti XR, robotik, bandar pintar dan automasi IR4.0. Ia akan menawarkan pengalaman digital yang dipertingkat, penstriman jelas, panggilan video berkualiti tinggi di kawasan sesak dan permainan video yang imersif.

    Demonstrasi pemisahan rangkaian (network slicing) untuk ULTRA5G

    Buat masa ini, ULTRA5G sudah ditawarkan dalam Berjaya Times Square serta Jambatan Pulau Pinang 1 bagi menyediakan liputan komunikasi yang luas walaupun dengan dua menara pemancar sahaja. Jika anda merupakan seorang pengguna U Mobile, anda boleh lihat dalam telefon di mana ia akan memaparkan “UM ULTRA5G” sewaktu anda berada di dua lokasi di atas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ULTRA5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured