fbpx
More

    Ulasan Acer Nitro 5 – Memuaskan nafsu ‘gaming’ anda dan jimat kos!

    Komputer riba gaming yang besar merupakan kebiasaan sehinggakan tiada sesiapapun yang pernah mengimpikan komputer riba gaming mudah alih. Namun, arus teknologi yang lebih maju seiring dengan maklum balas dari pengguna, jenama komputer riba kini berhasil menjadikannya sebuah kenyataan. Kami sudah menyaksikan ASUS ROG Zephyrus G14, kini Acer tampil dengan komputer riba Acer Nitro 5 yang terbaru.

    Komputer riba gaming selalunya hadir dengan harga tinggi, menyumbang kepada faktor jumlah gamer telefon pintar yang lebih ramai di Malaysia. Dalam kita tidak sedar, komputer riba gaming juga hadir dengan harga semakin berpatutan. Melalui ulasan ini, kami akan tunjukkan kelemahan dan kebaikan Acer Nitro 5 (AN515-55-79CU) yang berharga RM4899 (atau RM3799 untuk varian lebih rendah, akan kami maklumkan kemudian).

    Apabila Nitro 5 tiba di tangan kami, agak mengejutkan kerana saiznya tidak sebesar yang disangka. Untuk ukuran, ia bersaiz 363.4mm (Lebar) x 255mm (Kedalaman) x 23.9mm (Tinggi), seringan 2.3kg sahaja yang mana merupakan di bawah ukuran standard biasa komputer riba gaming. Reka bentuknya juga kelihatan biasa dan ringkas, tetapi tekstur matte dapat dilihat jika anda melihatnya dengan lebih dekat. Walaupun kesan cap jari mudah lekat, namun ia tidak kelihatan ketara dek kerana badan komputer riba berwarna hitam.

    Reka bentuk hitam yang kemas dan ringkas, tetapi mudah menangkap kesan cap jari
    Bahagian belakang dengan sejumlah gril pengaliran haba
    Salah satu gril pembesar suara di sisi
    Tanda dagang merah pada siri Nitro, lebih besar dan lebih banyak lubang aliran
    Di sebelah kiri, terdapat port RJ45, 2x USB 3.2 Gen1 dan bicu audio 3.5mm. Di sebelah kanan, terdapat port HDMI 2.0, USB Gen2 dan USB Type-C. Lubang aliran haba ada di kedua-dua belah
    Mantul RGB!

    Nitro 5 kembali dengan tanda kenal lubang pengaliran haba warna merah di belakang dan anda juga dapat lihat port pengecasan yang mana merupakan perubahan yang baik. Biasanya, port pengecasan berada sama ada di sebelah kiri atau kanan dan Nitro 5 hadir dengan ciri plug-in dua tahap. Dalam erti kata lain, kabel yang telah dipasang tidak boleh ditarik dengan mudah, tetapi memerlukan tekanan tertentu untuk dihubungkan dengan punca kuasa (power supply).

    Acer tidak berhenti di situ, sejumlah lubang pengaliran haba turut hadir di belakang. Kelihatannya, jenama ini aktif dalam memperbaik pelesaban haba (akan dijelaskan kemudian). Selain itu, anda juga boleh melihat gril pembesar suara di tepi belakang komputer riba.

    Berkenaan paparan, Nitro 5 hadir dengan panel skrin IPS FHD 15.6 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz, kelajuan balas 3ms dan warna gamut NTSC 72%. Anda juga boleh melihat kamera web di bahagian atas paparan dengan kamera 720HD dan aturan mikrofon. Turut hadir, susunan papan kekunci dengan kekunci nombor dan kekunci anak panah bersaiz penuh, lengkap dengan cahaya RGB empat zon yang kelihatan menggoda pada papan kekunci.

    Secara keseluruhan, warna yang dipaparkan pada panel skrin adalah memuaskan. Tiada yang boleh dirungut
    Gelombang RGB beraksi!

    Penaipan pada papan kekunci agak baik dan kesilapan naik jarang sekali berlaku. Hal ini penting untuk gaming di mana kekunci adalah aspek penting. WASD dan kekunci anak panah diutamakan berbanding yang lain, sama juga seperti butang Nitro Sense (pusat profil gaming anda) di atas nombor 7. Tentunya, anda boleh mengubah suai pencahayaan RGB empat zon melalui aspek profil, kecerahan, efek cahaya, kelajuan, arah dan mod melalui program Nitro Sense.

    Seperti kebanyakan program gaming lain, Nitro Sense membenarkan anda mengubah kelajuan kipas, tetapan jimat kuasa dan melihat suhu komputer riba. Antara muka pengguna juga agak telus dan mudah untuk diuruskan, tidak menyusahkan langsung (cuma susah untuk membuat pilihan tetapan). Walaupun anda bukan gamer tegar, pengguna kasual tidak akan mengambil masa lama untuk mengawal tetapan sepenuhnya.

    Antara muka pengguna Nitro Sense, anda boleh uruskan semuanya disini
    Pilihan sistem bunyi Acer TrueHarmony
    Menetapkan stail efek cahaya RGB sendiri
    Boleh pilih warna berlainan untuk setiap zon pada papan kekunci

    Selain Nitro Sense, anda juga boleh temui sistem bunyi Acer TrueHarmony dalam program tersebut. Terdapat pelbagai mod bunyi yang anda boleh pilih seperti teater atau gaming (RPG, strategi, FPS) berdasarkan pembesar suara komputer riba sendiri. Spesifikasinya agak menarik, tetapi kadang-kadang bunyi sistem dan bunyi kipas bertembung, menjadikannya agak mengganggu. Apa pun, anda masih boleh menggunakan sistem bunyi dengan baik jika anda mempunyai fon kepala gaming, cuma sambungkan pada bicu audio 3.5mm (digalakkan untuk pengalaman gaming memuaskan).

    Tiba masanya berbicara mengenai prestasi. Ia tampil dengan pemproses Intel Core i7-10750H, kad grafik GTX 1660T9, RAM 8GB (boleh dinaik taraf sehingga 32GB) dan SSD 512GB PCIe NVMe. Spesifikasinya kelihatan baik, namun kita perlu mengujinya. Skor dalam 3DMark Time Spy ialah 5394 dan FPS ialah 36 yang mana tidak terlalu tinggi, tetapi memadai untuk kebanyakan gamer untuk bermain game Triple A.

    Game yang diuji pada komputer riba ini adalah Call of Duty: Warzone, Apex Legend dan Far Cry 5. Kami bermula dengan Far Cry 5 dengan tetapan ultra setinggi yang mungkin dan tiada sela masa semasa game dijalankan. Ia beroperasi dengan FPS 74 biasa, bunyi kipas dan prestasi suhu agak baik. Untuk dua lagi game, dengan jayanya kami melaporkan bahawa tiada sebarang masalah yang boleh dikenal pasti.

    Ujian FPS daripada Far Cry 5
    Sumpah grafiknya lebih baik daripada tangkapan skrin ini
    Dalam game Battle Royale seperti Apex Legends dan COD: Warzone, FPS jatuh kepada 56FPS semasa terjun dari udara. Tapi tidak menjadi masalah besar
    Skor 3DMark dengan poin 5394
    Tugasan pejabat tidak menjadi masalah jika dilihat pada skor PCMark10

    Sementara pengalaman gaming menggunakan komputer riba ini agak menyeronokkan (terutama dengan panel skrin 144Hz), badannya menjadi panas seperti yang dijangkakan. Perlu diingatkan bahawa bahagian yang paling panas adalah di sisi kanan papan kekunci. Di sisi yang lain, sebenarnya Acer telah mempertimbangkan pengalaman gamer yang sentiasa meletakkan tangan kiri pada butang WASD. Jadi, ini merupakan pengalaman gaming bonus yang tidak pernah kita fikirkan, tetapi difikirkan oleh Acer.

    Tentunya, kita juga perlu mengulas tentang bateri dan prestasi sambungan. Dengan bekal kuasa 57.5W, prestasinya baik semasa bermain game dan agak boleh tahan semasa melakukan tugasan pejabat atau menonton filem seharian sebelum mengecasnya semula. Sambungan rangkaian juga sangat baik kerana ia dilengkapi rangkaian wayarles terkini Intel Wi-Fi 6 AX201 dan kad rangkaian Killer Ethernet E2600. Jadi, tiada masalah ketidaksambungan kepada rangkaian disini (jika ada, mungkin masalah Internet anda).

    Untuk pengetahuan anda, terdapat dua model Acer Nitro 5

    Selepas pelbagai penilaian pada Acer Nitro 5, kami memutuskan bahawa komputer riba gaming ini sesuai untuk pengguna yang mempunyai bajet yang terhad. Julat harga RM3+++ sehingga RM4+++ tidak terlalu rendah, tetapi jika melihat kepada spesifikasi,konfigurasi tetapan gaming, keupayaan bermain game Triple A, paparan baik, komputer riba ini ialah komputer riba gaming yang menjimatkan kos.

    Selain daripada versi Acer Nitro 5 dengan Intel Core i7-10750H (AN515-55-79CU) yang kami ulas, anda juga boleh mendapatkan model lain berharga RM3799 (AN515-55-52Z1) yang dilengkapi versi Intel-Core i5. Perbezaan lain adalah kad grafik NVIDIA GTX 1650 Ti yang juga boleh memainkan kebanyakan game Triple A. Pilihan di tangan anda.

    Kekuatan – Komputer riba gaming jimat kos dengan spesifikasi teknologi mantap, tetapan konfigurasi gaming yang baik (seperti warna profil RGB) dan keupayaan bermain game Triple A yang baik.

    Kelemahan – Kelantangan bunyi perlu diperbaiki kerana ia bertembung dengan bunyi kipas semasa gaming.

    KesimpulanGamer dengan bajet terhad perlu pertimbangkan Acer Nitro 5.

     

    Artikel Terkini

    KWSP bakal umumkan Akaun 3 pada hari ini sebagai Akaun Fleksibel

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X