fbpx
More

    Ulasan HUAWEI FreeBuds 5i – Ergonomik, ringan, sokong ANC dan Hi-Res

    Fon telinga HUAWEI FreeBuds 5i telah dilancarkan pada bulan Jun tahun lepas di China. Namun, HUAWEI mengambil sedikit masa untuk memasarkan fon telinga ini ke peringkat global di mana ia telah dilancarkan di Malaysia pada 25 Januari 2023. Hampir dua minggu menggunakannya, saya boleh katakan bahawa ia sangat berbaloi.

    Anda perlu membaca ulasan ini untuk mengetahui mengapa saya memberikan jawapan begitu walaupun pada ketika ini kebanyakan orang bersikap skeptikal terhadap syarikat induk yang menghasilkan telefon pintar tetapi mahu menambah fon telinga wayarles dalam barisan produk mereka.

    Adakah mereka mahukan keuntungan semata-mata atau menyediakan produk terbaik untuk para pengguna? Walau bagaimanapun, sebelum kita bergerak lebih lanjut, perlu diingatkan bahawa HUAWEI FreeBuds 5i bukanlah fon telinga true wireless stereo (TWS) premium premium daripada HUAWEI. Jadi, jika dibandingkan dengan HUAWEI FreeBuds Pro 2, mungkin beberapa ciri tidak disertakan pada FreeBuds 5i.

    FreeBuds 5i diperbuat daripada plastik dan datang dalam pilihan warna Ceramic White, Isle Blue dan Nebula Black. Unit yang kami terima adalah Nebula Black. Bekas pengecasannya mempunyai kemasan matte dan tekstur seakan kulit telur. Saya gembira bahawa kemasan plastik ini tidak berkilat kerana dapat mengelakkan kesan cap jari.

    Namun, fon telinganya hadir dengan kemasan berkilat tetapi memandangkan warna dan reka bentuknya, kesan cap jari tidak menjadi masalah. Peranti ini sangat ringan dan selesa untuk dibawa kemana-mana dengan berat hanya 44 gram. Terdapat lampu penunjuk LED pada bahagian luar bekas pengecasan yang memberikan status tahap bateri dan pengecasan.

    Port USB-C diletakkan di bahagian bawah dan ia tidak menyokong pengecasan wayarles. Bahagian penutupnya rasa agak murah ketika digunakan tetapi ia kukuh pada masa yang sama. Fon telinga pula mempunyai berat 5 gram setiap satu. Saya rasa selesa dan tidak sakit pada bahagian telinga ketika memakainya untuk jangka masa yang lama kerana bentuknya yang ergonomik serta ringan.

    Terdapat pilihan silikon saiz S dan L untuk anda memilih saiz mana yang sesuai dengan bentuk telinga anda. Fon telinga ini juga mempunyai penarafan IP54 untuk kalis peluh dan hujan. FreeBuds 5i hadir dengan sokongan LDAC, codec AAC dan SBC. Bagi mereka yang gemar mengubah hasil bunyi menggunakan EQ, anda pasti tidak gembira dengan fon telinga ini kerana ia tidak disertakan ciri itu.

    Kualiti mikrofon berfungsi dengan baik kerana saya telah mencubanya untuk membuat panggilan dan bermain game. Rakan maya ketika bermain game sekali jelas dapat mendengar apa yang saya katakan padanya. FreeBuds 5i mempunyai panel sentuh pada bahagian tepi. Saya sangat senang menggunakan fon telinga ini kerana permukaan sentuhan agak besar dan responsif.

    Jadi anda tidak akan menggerakkannya di telinga setiap kali memainkan atau menjeda lagu dan mengawal kelantangan. Panel sentuh diletakkan pada batang tetapi agak tinggi supaya fon telinga tidak bergerak apabila menyentuhnya. Anda juga boleh menyesuaikan gerak isyarat dalam aplikasi AI Life.

    FreeBuds 5i dilengkapi dengan pemacu dinamik 10mm dan juga menawarkan julat frekuensi lanjutan tinggi. Sejujurnya, saya menjangkakan bahawa fon telinga ini hanya memberikan bunyi sekadar ‘mencukupi’, namun bunyi yang dihasilkan sebenarnya sangat bagus pada pendapat saya. Ia menghasilkan bunyi yang seimbang tetapi agak kurang bass.

    Sebagai contoh, ketika menggunakan FreeBuds 5i untuk mendengar lagu bergenre rap seperti Douglas Lim, SonaOne – ADUH, bass yang dihasilkan agak biasa namun vokal dan instrumen yang lain jelas dapat didengar. Cuma elemen ‘bombastik’ tiada dalam fon telinga ini. Tetapi, terdapat mod ‘Bass Boost’ yang disertakan sekiranya anda memerlukan lebih banyak bass pada aplikasi AI Life.

    Saya tidak mengesyorkan anda menggunakan ‘Mod Treble’ kerana bunyi yang dihasilkan sedikit kurang enak didengar (pendapat peribadi). Pertengahan (mid) dan rendah (low) juga dihasilkan dengan baik. Selama saya menggunakannya, tiada isu bunyi terlalu tajam atau muddy. Bekas pengecas FreeBuds 5i dilengkapi dengan bateri 410mAh manakala setiap fon telinga mempunyai bateri 55mAh.

    Saya boleh mendapatkan 6 jam masa bermain dengan pembatalan hingar aktif (ANC) dihidupkan dan kira-kira 7.5 jam dengan ANC dimatikan. Bekas pengecas menyediakan 18.6 jam bateri tambahan dengan ANC dihidupkan dan 28 jam dengan ANC dimatikan. Saya boleh mendapatkan sekitar 6 jam masa bermain tanpa masalah dan tahap ANC saya sentiasa ditetapkan kepada mod ‘Ultra’ untuk kesan maksimum.

    Bekas pengecas dapat memberikan dua kali pengecasan penuh dan mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengecas penuh. Ia merupakan salah satu kekurangan pada FreeBuds 5i kerana tempoh dua jam adalah sangat lama untuk mengecas fon telinga.

    Terdapat sebuah aplikasi daripada HUAWEI yang boleh disesuaikan pada fon telinga ini iaitu ‘AI Life’. Aplikasi ini tidak wajib dimuat turun tetapi ia bagus untuk dimiliki kerana ia menyediakan medium untuk pengguna mengubah beberapa tetapan seperti kualiti bunyi, mod bass dan treble. Anda boleh terus muat turun aplikasi AI Life daripada QR yang diberikan dalam buku manual dan hanya klik untuk muat turun.

    Imbas dan terus muat turun aplikasi AI Life

    Untuk pengetahuan, anda perlu membenarkan telefon untuk memasang aplikasi pihak ketiga kerana aplikasi HUAWEI tiada di dalam Google Play Store. Sebaik sahaja anda memasang aplikasi ini, anda akan dapat mengetahui lebih lanjut tentang gerak isyarat dan juga boleh menyesuaikannya.

    Anda boleh menyesuaikan sentuhan dua kali, sentuh dan tahan serta gerak isyarat leret. Aplikasi ini juga membolehkan anda menetapkan tahap pembatalan hingar dan mengawal peranti yang disambungkan. HUAWEI FreeBuds 5i bukanlah fon telinga wayarles yang terbaik malah bukan fon telinga terbaik HUAWEI, tetapi apa yang boleh saya katakan ia adalah pembelian berbaloi.

    Namun, dengan harga RM349, anda boleh membandingkannya dengan 1MORE ComfoBuds Pro yang berharga RM289 dan Anker Soundcore Life A2 yang berharga RM299. Kedua-dua fon telinga yang saya syorkan ini mempunyai ANC dan beberapa ciri lain.

    Spesifikasi dan ciri teknologi HUAWEI FreeBuds 5i

    • Bluetooth V5.2
    • Saiz driver: 10mm
    • Main balik muzik dengan sekali pengecasan penuh: 6.0 jam (ANC) dan 7.5 jam (ANC dimatikan)
    • Main semula muzik dengan sarung pengecasan: 18.5 jam (ANC) dan 28 jam (ANC dilmatikan)
    • Pembatalan hingar aktif, pembatalan hingar panggilan, Mod Ketelusan
    • Rintangan air: IP54 tahan air dan peluh
    • Berat: 5 gram (setiap fon telinga) 34 gram (dengan bekas pengecas)
    • Harga: RM349

    Kebaikan – Ringan, boleh sambung lebih daripada satu peranti, bunyi bagus tetapi bukan untuk audiophile dan sesuai untuk bersenam (IP54)

    Kelemahan – Tiada tetapan EQ dan plastik yang digunakan terasa murah

    Kesimpulan – Spesifikasi ditawarkan berbaloi dengan setiap ringgit yang ada keluarkan

     

    Artikel Terkini

    KWSP bakal umumkan Akaun 3 pada hari ini sebagai Akaun Fleksibel

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X