fbpx
More

    Ulasan HUAWEI MatePad – Tablet bawah RM1500 yang tak buat orang marah

    Jika anda sememangnya mencari ulasan HUAWEI MatePad atau ingin mencari sebuah tablet kelas pertengahan, ini adalah tempat yang betul. Namun, penulisan ini bukan untuk meyakinkan anda bahawa tablet ini adalah pilihan yang tepat, tetapi mungkin membantu anda membuat keputusan untuk membelinya atau hanya sekadar melihat sahaja.

    Perlu kami ingatkan untuk anda tidak keliru kerana terdapat pelbagai model MatePad di pasaran Malaysia iaitu; HUAWEI MatePad T 8 inci/10 inci, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI MatePad Pro 5G dan model yang diulas, HUAWEI MatePad. Kesemua model ini hadir dengan spesifikasi yang berbeza. Kenapa banyak model yang dikeluarkan? Mungkin untuk lebih banyak pilihan yang bersesuaian dengan kegunaan pengguna.

    HUAWEI MatePad adalah tablet kelas pertengahan dengan reka bentuk yang sama sahaja seperti HUAWEI MatePad Pro. Untuk pengetahuan anda, HUAWEI MatePad Pro ialah sebuah tablet flagship. Jadi, anda akan mendapat reka bentuk sama seperti tablet flagship jika anda memiliki HUAWEI MatePad.

    HUAWEI MatePad yang berada di tangan kami berwarna Midnight Grey. Walaupun tanpa pelindung, ia adalah sebuah tablet yang selesa dipegang dengan sudahan pusam (matte). Oleh kerana sudahan yang kemas bersama padanan warna kebiruannya, ia sememangnya kelihatan seperti tablet yang mahal.

    Tablet ini berukuran 245.2 mm x 154.9mm x 7.35mm dengan berat lebih kurang 460g. Untuk sebuah tablet, aspek beratnya agak baik kerana ia mampu mengekalkan berat di bawah 500g walaupun dengan dimensi skrin yang agak besar.

    Di bahagian hadapan skrin, ia dilengkapi skrin IPS LCD 10.4 inci FullView yang lebar, beresolusi 2000 X 1200 piksel. Dengan bezel yang tidak terlalu tebal berukuran 7.9mm sahaja, anda akan merasa puas dengan saiz skrin ini.

    Di sebelah atas tablet (jika dipegang secara melintang), anda dapat melihat butang kelantangan. Pada bezel di atas, terdapat juga kamera swafoto. Di sebelah bawah, terdapat slot mikroSD, manakala di sebelah kiri terdapat port USB-C dan pembesar suara. Di bahagian kanan, terletaknya pembesar suara juga bersama dengan butang kuasa. Walaupun tiada bicu audio, tetapi HUAWEI MatePad dibekalkan dengan penyambung 3.5mm ke USB Type-C.

    Di sebelah kanan; port USB Type-C, 2 pembesar suara
    Di bahagian kiri; 2 pembesar suara dan butang kuasa (power)
    Di bahagian bawah; slot mikroSD
    Di bahagian atas; butang kelantangan (volume)
    Penyambung 3.5mm ke USB-C
    HUAWEI Smart Magnetic Keyboard
    Pandangan papan kekunci yang nipis dan ringan

    Sebagai maklumat tambahan, HUAWEI MatePad setakat artikel ini ditulis hadir dengan pelindung percuma, Smart Magnetic Keyboard. Ia bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, tetapi juga sebagai papan kekunci yang boleh menukarkan tablet menjadi komputer riba mini melalui sambungan Bluetooth. Kami suka dengan aksesori ini kerana ianya dikira nipis, tidak tebal seperti sarung papan kekunci Targus pada Samsung Galaxy Tab S6 Lite.

    Sebenarnya, HUAWEI MatePad juga menyokong fungsi stilus M Pencil, tetapi ianya dijual berasingan (kami juga tidak dapat aksesori ini). Harga M Pencil yang tidak terlalu tinggi mungkin tidak menjadi masalah jika anda memerlukan lebih ciri produktiviti.

    Boleh lihat Shopee sambil mencatat

    Dari segi perisian dan antara muka, HUAWEI MatePad menggunakan EMUI 10.1 berasaskan Android 10 dengan ekosistem HUAWEI Mobile Services (HMS). Antara mukanya adalah ringkas dan kemas. Aplikasi-aplikasi juga mudah sahaja untuk didapatkan di HUAWEI AppGallery. Anda boleh menggunakan ciri multi-tugasan yang hadir pada ekosistem tablet ini.

    Kami juga sebenarnya pengguna aplikasi-aplikasi Google Mobile Services (GMS). Namun, kami juga sudah terbiasa dengan ekosistem HMS. Mungkin aplikasi seperti Gmail dan YouTube hanya boleh dibuka menggunakan antara muka laman web komputer, tetapi anda mungkin tidak akan berasa janggal jika sudah biasa. Penggunaan ciri nyahkunci tersedia dengan Face Recognition atau kata laluan. Kedua-duanya boleh digunakan dengan baik mengikut pilihan anda.

    Dari segi pretasi, sebenarnya ia sudah cukup memuaskan kami. Mungkin prestasi adalah subjektif, bergantung kepada fokus anda. Jika mengikut kepada fokus penggunaan kami iaitu; skrin tambahan untuk tugasan kerja, skrin tambahan untuk hiburan, prestasinya sudah cukup memuaskan!

    Carian aplikasi yang tiada di HUAWEI AppGallery di Petal Search

    Pemaparan markah pada AnTuTu memperlihatkan markah yang baik untuk tablet kelas pertengahan dengan cipset Kirin 810, RAM 4GB dan storan 64GB. Bermula dengan prestasi tugasan kerja, tiada sebarang isu besar yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati (pengulas pernah menggunakan tablet kelas pertengahan untuk membuat tugasan dan prestasi yang tidak memuaskan membuatkan pengulas marah kerana tidak boleh menyelesaikan tugas dengan lancar).

    Tugas seperti catatan nota, maklumat atau membina dokumen adalah mudah sahaja. Kami menggunakan beberapa aplikasi yang boleh membuka dan mengedit fail-fail (kami guna aplikasi Microsoft Office yang dimuat turun melalui Petal Search). Penggunaan untuk tugasan grafik ringan seperti pengeditan gambar dan video ringan juga tidak mempunyai masalah.

    Game yang tidak memerlukan grafik tinggi; Among Us
    Boleh dimainkan dengan baik
    Percayalah, realitinya kualiti audio adalah lebih baik berbanding dalam video ini

    Namun, kami mula menemui kelemahan yang sudah dijangkakan dalam aspek hiburan; contohnya gaming. Konfigurasi kelas pertengahan mula menunjukkan belangnya. Untuk game yang memerlukan grafik tinggi, terdapat kelewatan masa dalam isu responsif. Anda masih boleh bermain game, tetapi tetapkannya dalam tetapan yang bersesuaian dan tidak tinggi.

    Berbeza dengan tontonan filem di HUAWEI MatePad, kami lebih berpuas hati dengan aspek ini. Hal ini mungkin disebabkan skrin 10.4 inci Fullview yang ditambah dengan kewujudan pembesar suara mantap. Tablet ini hadir dengan pembesar suara quad (empat kesemuanya), dilengkapi stereo Histen 6.0 3D dan diharmonikan oleh Harman Kardon. Anda boleh dengar sendiri audio semasa kami menonton filem pada video yang disertakan. Kualiti audionya sangat memuaskan untuk sebuah tablet kelas pertengahan. Ciri audio ini adalah salah satu ciri yang diwarisi dari tablet flagship HUAWEI MatePad Pro.

    Sebagai tambahan, terdapat juga eBook Mode yang hadir dengan ciri-ciri seperti kemalapan skrin yang mengurangkan cahaya biru (skrin dilengkapi kelulusan TUV Rheinland). Selain itu, Kids Corner juga adalah bonus tambahan kepada kanak-kanak. Terdapat pelbagai kawalan seperti had masa dan sebagainya.

    Aplikasi HUAWEI Book
    Ubah suai tetapan untuk keselesaan mata anda
    Antara muka Kids Corner
    Ubah suai tetapan sendiri

    Dari segi ketahanan bateri pula, ia sememangnya menepati ciri sebuah tablet kerana ia hadir dengan bateri besar 7250mAh. Mungkin pengecasan 10W mengambil masa yang agak lama untuk mengecas, tetapi ia boleh bertahan sehingga 3 hari semasa kami tidak menggunakannya dengan kerap. Jika menggunakannya seperti telefon pintar, (menonton video, melakukan tugasan, menggunakan media sosial) ia juga mampu bertahan seharian.

    Memandangkan tablet jarang digunakan untuk mengambil gambar, kiranya HUAWEI sudah cukup baik hati untuk memberi tetapan kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 8MP. Kami juga tidak sarankan anda menyusahkan diri untuk mengangkat tablet 10.4 inci untuk mengambil gambar atau rakaman (sila guna telefon pintar anda ya!). Namun, untuk tujuan ulasan, kami akan paparkan hasil kamera untuk beberapa keadaan.

    Antara muka kamera
    Lebih ciri dan tetapan untuk kamera
    Gambar lensa kamera utama
    Gambar lensa kamera utama
    Gambar lensa kamera utama
    Gambar lensa kamera utama di dalam bangunan
    Gambar lensa kamera utama di dalam bangunan
    Gambar jarak dekat
    Gambar jarak dekat (sedapnya!)
    Gambar waktu malam di tempat bercahaya
    Gambar swafoto
    Rakaman video contoh menggunakan lensa 8MP

    Secara keseluruhannya, HUAWEI MatePad ialah tablet yang agak berbaloi untuk dibeli. Jika spesifikasi atau harga HUAWEI MatePad Pro adalah terlalu tinggi untuk anda, HUAWEI MatePad adalah tablet kelas pertengahan berharga RM1,399 yang sesuai. Tablet ini tidak akan menganggu mood anda dengan memberi prestasi yang perlahan!

    Hanya anda sendiri yang tahu fokus penggunaan anda. Jika anda inginkan tablet yang lebih murah, anda pastinya perlu menjangkakan prestasi yang kurang, selari dengan harganya.

    Untuk pilihan lain bagi segmen tablet kelas pertengahan, anda boleh melihat Samsung Galaxy Tab S6 Lite. Ia hadir dengan saiz paparan sama 10.4 inci, dan penambahan bicu audio 3.5mm, berharga RM1,699.

    Ciri teknologi dan spesifikasi HUAWEI MatePad

    • Nombor model BAH3-W09: HUAWEI MatePad WiFi
    • Cipset HiSilicon Kirin 810
    • RAM 4GB + storan 64GB (boleh diperluas melalui mikroSD sehingga 512GB)
    • Paparan IPS LCD 10.4 inci beresolusi 2000 x 120 piksel
    • Bateri besar 7250mAh + pengecasan 10W
    • Tiada bicu audio (penyambung audio 3.5mm ke USB-C disertakan)
    • Kamera utama 8MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • EMUI 10.1 berasaskan Android 10
    • Sokongan  IEEE 802.11 a/b/g/n/ac 2.4 GB/5 GB
    • Sokongan Bluetooth 5.1, tiada NFC

    Kelebihan dan kekurangan

    Kelebihan: Reka bentuk premium dan nampak mahal, terdapat ciri yang diwarisi dari tablet flagship seperti ciri audio Harman Kardon, bateri besar 7250mAh, prestasi yang baik untuk tugasan harian dan tugasan tambahan yang tidak memerlukan grafik berat.

    Kekurangan: Tiada bicu audio 3.5mm walaupun dibekalkan dengan penyambung, tiada sokongan NFC.

    Kesimpulan: Sebuah tablet pertengahan yang berprestasi baik, tidak akan membuat anda marah kerana tugasan anda lancar sahaja, tetapi bukan untuk pengguna yang ingin melakukan tugasan bergrafik tinggi.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X