fbpx
More

    Ulasan OPPO Pad Neo – Hayat bateri hebat, kerja efisien

    Bagi mereka yang inginkan kemudahan kerja walau di mana-mana sahaja, anda pasti perlukan peranti yang ringan, mudah di bawa dan berprestasi lancar. Namun, ini bukanlah satu perkara asing kerana teknologi semakin pesat membangun dan memberikan pengalaman mesra pengguna. Salah satu peranti yang kami boleh cadangkan adalah OPPO Pad Neo yang cukup besar untuk kerja pejabat. Di bawah merupakan ulasan daripada kami yang mungkin membantu anda.

    Rekaan – Nampak mahal

    Daripada segi pandangan pertama, OPPO Pad Neo kelihatan ekslusif dengan kemasan matte dan cermin kelabu dalam ukuran 1.5 inci di bahagian atas sambil menempatkan kamera belakang 8MP. Di bahagian hadapannya pula menempatkan skrin berukuran 11.4 inci di mana bahagian atasnya turut membawa lubang tebuk kecil untuk kamera swafoto 8MP. Ia sangat nipis pada 6.89mm dan ringan pada 538g, mudah untuk disimpan dan dibawa.

    Kemasan matte dan cermin kelabu
    Kamera belakang 8MP
    Kamera swafoto 8MP

    Kamera belakangnya dalam bentuk bulat sebesar duit syiling 50 sen di tengah-tengah panel belakang dengan bonggolan kamera yang tidak terlalu tebal. Walaupun ia tidak begitu stabil apabila diletakkan mendatar, anda masih boleh menaip dengan lancar pada skrin tanpa mengalami gegaran.

    Kemudian, Pad Neo terdapat empat pembesar suara di mana sebelah kiri dan kanan, masing-masing membawa dua pembesar suara. Ia juga mempunyai slot kad SIM dan butang kuasa di sebelah kiri serta butang audio di bahagian sisi atas. Port USB-C turut disediakan untuk pengecasan dan pindahan fail.

    2 pembesar suara dan slot kad SIM
    Butang audio dan bonggol kamera yang tidak terlalu tebal
    2 pembesar suara dan port USB-C

    Daripada segi keselesaan, Pad Neo amat selesa dipegang dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia tidak mudah menangkap habuk dan kesan cap jari kecuali di bahagian cermin atas. Anda mungkin perlu mengelapnya beberapa kali untuk sentiasa kelihatan bersih atau menggunakan sarung penutup.

    Skrinnya mempunyai bezel yang sangat tebal, namun disebabkan saiz skrinnya yang besar, saya tidak merasakan ini akan mengganggu tontonan dan kerja anda. Setiap penjuru Pad Neo adalah melengkung dan tidak membawa bentuk kotak yang turut membantu keselesaan pegangan. Di dalam kotak terdapat OPPO Pad Neo bersama kabel pengecas USB-A ke USB-C, pengecas 33W, dokumen dan pin SIM.

    OPPO Pad Neo bersama kabel pengecas USB-A ke USB-C, pengecas 33W, dokumen dan pin SIM

    Spesifikasi – Hayat bateri menakjubkan

    Di bawah adalah spesifikasi ringkas OPPO Pad Neo:

    • Cipset MediaTek Helio G99
    • Skrin ReadFit 11.4 inci 2.4K dengan nisbah aspek 7:5, resolusi 2400 x 1720 piksel dan kadar penyegaran semula 90Hz
    • RAM 8GB + 8GB
    • Storan 128GB
    • Kamera belakang 8MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 8,000mAh dengan pengecasan 33W
    • Spesifikasi lain: Pengimbas muka, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.2, 4 pembesar suara stereo Dolby Atmos

    OPPO Pad Neo menawarkan pengalaman visual yang mendalam dengan skrin ReadFit 2.4K 11.4 inci dengan resolusi ultra-tinggi dan teknologi perlindungan mata yang canggih. Warnanya masih pekat dan tontonan tidak diganggu dengan glitch seperti kebanyakan tablet mampu milik. Malang sekali, skrin sukar dilihat di bawah cahaya matahari yang sangat terik. Oleh itu, anda perlu berpindah ke kawasan teduh untuk melihat skrin dengan sempurna.

    Anda juga tidak perlu risau untuk tontonan yang lama kerana ia mempunyai Low Blue Light Display yang mengurangkan cahaya biru dan pemudaran DC membolehkan penyesuaian kecerahan skrin yang lebih lancar dan mengurangkan kedipan skrin untuk menjaga mata daripada kerosakan. Untuk hiburan tontonan, tablet ini agak memuaskan dengan sokongan empat pembesar suara Dolby Atmos seperti menonton televisyen dengan kelantangan audio yang maksima.

    Skrin hadapan dengan bezel yang tebal

    Selain itu, perkara yang saya suka mengenai tablet ini adalah kerana ia dilengkapi dengan pengesan suhu warna di mana skrin secara automatik menyesuaikan suhu warna mengikut persekitaran, memberikan pengalaman visual yang selesa di dalam atau di luar rumah termasuk waktu tidur.

    Dengan tambahan RAM 8GB, tablet ini masih mampu membawa game dengan grafik yang tinggi seperti Call of Duty (COD). Selain itu, penggunaan tablet juga sangat lancar tanpa sebarang kelewatan (lag). Saya juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk membuka kunci menggunakan pengimbas muka, pin dan kata laluan. Ia berfungsi dengan baik tanpa saya perlu menunggu untuk beberapa saat seperti beberapa peranti mampu milik yang lain.

    Satu perkara yang cukup saya dapati menakjubkan adalah jangka hayat bateri tablet ini. Semasa pengecasan, anda mungkin perlu menunggu 20 minit untuk dapatkan kuasa bateri ke 50% dan satu jam 40 minit untuk capai kuasa daripada 0% ke 100%. Walaupun perlu menunggu seketika, penggunaan OPPO Pad Neo sehingga lapan jam tanpa henti hanya menurunkan bateri ke 50%.

    Sudah tentu, ini adalah satu perkara yang bagus terutamanya apabila anda perlu melakukan tugasan pejabat secara langsung di luar kawasan. Dengan ini, anda tidak perlu risau untuk membawa pengecas atau bank kuasa sekurang-kurangnya untuk dua hari. Sekiranya percutian anda adalah lebih daripada tiga hari, maka, pengecas 33W yang disediakan amat diperlukan.

    Daripada segi produktiviti, OPPO Pad Neo membantu saya melakukan tugasan kerja melalui ciri Recent File di Taskbar atau di bahagian tepi. Fungsi ini memudahkan tindakan seperti membuka, menyunting atau berkongsi fail secara langsung. Untuk pengguna baru, arahan mengenai cara menyimpan, meleret, menukar dan menambah tetingkap di skrin boleh didapati di bahagian Tetapan.

    Bukan itu sahaja, untuk memudahkan kerja anda, ia menyediakan fungsi imbas teks (text scanner) di bahagian kamera. Selepas anda menangkap gambar dokumen yang diinginkan, anda boleh menyunting langsung dokumen tersebut melalui fungsi yang disediakan. Sayang sekali kerana ia tidak menyediakan fungsi salin dan tampal (copy and paste) teks seperti peranti-peranti premium mungkin kerana kualiti imej yang dihasilkan sangat kabur.

    Cara menangkap skrin dengan mudah
    Ke Tetapan untuk tahu penggunaan ciri istimewa
    perlu di tatal ke atas untuk membuka menu aplikasi
    Memudahkan carian gamkbar, fail dan banyak lagi
    Recent File di bahagian sisi
    Aplikasi di Recent Files boleh ditambah
    Pengimbas teks melalui kamera
    Sunting dokumen dalam aplikasi Foto

    Untuk menambahkan pengalaman penggunaan Pad Neo ini, anda mungkin perlu bertukar kepada telefon pintar OPPO. Ini kerana pengguna boleh menggunakan ciri App Relay dengan mudah untuk beralih antara peranti semasa menjalankan tugas yang sama untuk memastikan produktiviti tidak terganggu. Dengan ini, anda tidak perlu membuang masa ke halaman Home dan tatal ke atas untuk membuka menu aplikasi.

    Tambahan pula, fungsi Screen Mirroring meningkatkan kemudahan saya dengan menyediakan pemberitahuan segera pada tablet untuk mesej yang diterima pada telefon pintar yang digandingkan dalam tetingkap terapung atau mod skrin penuh, memudahkan berbilang tugas dan meningkatkan kecekapan aliran kerja keseluruhan.

    Prestasi – Cemerlang untuk kerja, boleh tahan untuk gaming

    Berikut adalah skor Geekbench dan 3DMark OPPO Pad Neo:

    Skor Geekbench
    Skor 3DMark

    Prestasi OPPO Pad Neo dalam gaming kelihatan agak bercampur aduk. Walaupun ia berjaya menghasilkan kualiti grafik yang baik untuk Call of Duty (COD) pada 60fps, ini tidak berlaku kepada Genshin Impact. Game masih boleh berfungsi dengan lancar tetapi grafiknya agak kabur seperti game pada zaman 90an pada 30fps. Mungkin juga kerana skrinnya hanya menyokong kadar penyegaran semula 90Hz.

    Walaupun hasil penilaian penanda aras yang sederhana, pengalaman dunia sebenar menunjukkan keupayaan OPPO Pad Neo dalam menangani pembentukan grafik dengan lancar dan mengekalkan prestasi tanpa masalah walaupun pada tetapan grafik yang tinggi (bukan untuk Genshin Impact). Skrin yang responsif dan kualiti audio yang mendalam menambah pengalaman gaming, menyediakan sesi permainan yang memuaskan kepada pengguna.

    Call of Duty (COD)
    Call of Duty (COD) pada 60fps
    Genshin Impact
    Kualiti grafik tidak memuaskan

    Beralih kepada bahagian kamera, sudah tentu ia tidak begitu memuaskan seperti telefon pintar kerana ia merupakan peranti yang berfokuskan tugasan pejabat. Kamera swafoto dan belakang membawa sensor 8MP memberikan kualiti imej standard sebagai sebuah tablet. Ia masih menunjukkan tekstur kulit tetapi dengan noise yang banyak.

    Jika dilihat pada gambar bersama rakan-rakan saya, tekstur kulit wanita di hadapan masih boleh dilihat walaupun sedikit tetapi tidak begitu kepada wanita dan lelaki yang berbaju hitam. Jika noise pada gambar pada waktu siang sudah cukup banyak, maka noise pada gambar pada waktu malam akan menjadi dua kali ganda. Gambar yang dihasilkan terlihat sangat kabur, tetapi penyuntingan dalam aplikasi Foto (Photo) mungkin dapat membantu meningkatkan kualiti gambar tersebut walaupun sedikit.

    Tekstur kulit orang di hadapan boleh dilihat walaupun sedikit, tetapi bukan pada orang-orang di belakang
    Noise terlalu banyak pada waktu malam

    Kesimpulan – Ideal untuk tugas pejabat

    Bagi saya, OPPO Pad Neo hanya sesuai untuk tugasan pejabat seperti penulisan, suntingan dokumen dan hiburan biasa. Ia berprestasi dengan bagus dan menghasilkan kualiti grafik yang lebih baik daripada yang saya sangka. Hayat baterinya cukup mengagumkan dan tidak memberikan saya sebarang kerisauan sekiranya saya perlu bekerja di luar kawasan untuk beberapa hari. Pada julat harga RM1,199, tablet ini cukup memuaskan.

    Sebagai alternatif, anda juga boleh dapakan realme Pad 2 pada harga RM1,299 dengan cipset MediaTek Helio G99, RAM sehingga 16GB dan bateri 8,360mAh. Harga yang sama juga memberikan anda Xiaomi Pad 6 yang menawarkan cipset Snapdragon 870, paparan WQHD+ (2880 x 1800) 11 inci dan bateri 8,840mAh.

    Adakah anda akan memasukkan OPPO Pad Neo dalam senarai carian? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X