fbpx
More

    Ulasan OPPO Reno8 Z 5G – Reka bentuk dan spesifikasi kitar semula?

    Pada Julai lalu, OPPO Malaysia telah menambah ahli dalam siri OPPO Reno8 iaitu OPPO Reno8 Z 5G. OPPO Reno8 Z 5G sama seperti OPPO Reno7 Z 5G. Jadi, kepada yang sedang memiliki telefon Reno7 Z 5G, saya tidak mengesyorkan anda untuk menaik taraf kepada telefon ini. Hal ini adalah kerana satu-satunya penambahan pada OPPO Reno8 Z 5G adalah storan yang dikembangkan kepada 256GB berbanding 128GB.

    Daripada spesifikasi, OPPO Reno8 Z 5G memiliki skrin AMOLED 6.43 inci dengan kadar segar semula 60Hz. Agak sedikit mengecewakan kerana dengan paras harga yang sebegini, OPPO tidak menawarkan skrin segar semula 120Hz sedangkan jenama lain boleh menawarkan spesifikasi tersebut.

    Pakej yang anda terima sekiranya membeli OPPO Reno8 Z 5G

    Reka bentuk – Sebiji OPPO Reno7 Z 5G!

    Minta maaf jika saya membuat subtajuk seperti di atas. Hal ini adalah kerana reka bentuknya saling tidak tumpah seperti OPPO Reno7 Z. Daripada segi ukuran badan peranti juga sama iaitu 159.9 x 73.2 x 7.7 mm berat 181 gram. OPPO Reno8 Z 5G mempunyai bahagian belakang dan tepi yang rata memberikan penampilan yang premium.

    Saya telah menerima peranti OPPO Reno8 Z 5G berwarna Dawnlight Gold yang merupakan pilihan yang lebih baik berbanding warna hitam kerana kesan pelangi yang berubah-ubah di bahagian belakang apabila telefon digerakkan pada pelbagai sudut. Namun, jika anda inginkan sesuatu yang elegan, saya tidak teragak-agak mengesyorkan anda untuk memilih warna Starlight Black.

    Bahagian belakang OPPO Reno8 Z 5G
    Skrin AMOLED 6.43 inci

    Walaupun ianya bersinar pada bahagian belakang, tetapi kemasan bahagian tersebut menggunakan kesan matte. Agak pelik untuk terima bahawa warna berkilau seperti pelangi tetapi mempunyai kemasan matte. Kemasan yang dibawakan oleh OPPO Reno8 Z saya harus beri pujian. Satu-satunya kelainan pada fizikal telefon ini berbanding OPPO Reno7 Z ialah bahagian kamera yang mempunyai kemasan berkilau bersaiz besar sedikit.

    Kamera belakang terdiri daripada kamera utama sudut lebar, kamera makro pada bahagian bawahnya dan sensor kedalaman serta flash LED terletak di antara kamera utama dan makro. Seperti yang anda boleh lihat, terdapat dua kanta besar iaitu kamera utama dan makro yang mempunyai sedikit bonggolan. Saya mencadangkan agar anda memakai sarung getah untuk melindungi lensa kerana ia mungkin mudah tercalar akibat reka bentuk kameranya.

    OPPO Reno8 Z 5G mempunyai butang pembesar suara dan dulang SIM pada bahagian kiri manakala bahagian kanan terdapat butang kuasa. Pada bahagian bawahnya pula terdapat bicu audio 3.5mm, port USB-C dan pembesar suara.

    Spesifikasi – Penambahan storan kepada 256GB

    Berikut ialah spesifikasi lengkap untuk OPPO Reno8 Z 5G:

    • AMOLED 6.43 inci, 1080×2400 piksel, kadar penyegaran semula 60Hz, kecerahan 600nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G
    • LPDDR4x RAM 8GB, pengembangan RAM sehingga 5GB 
    • Storan 256GB UFS 2.2
    • Kamera utama 64MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • 4,500mAh
    • Pengecasan pantas SuperVOOC 33W 
    • Warna – Starlight Black & Dawnlight Gold
    • Pengimbas cap jari optik bawah paparan
    • Dimensi – 159.9 x 73.2 x 7.5 mm, Berat – 181g
    • Harga: RM1,799

    Peranti ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 695 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4x 8GB. Seperti peranti OPPO yang lain, Reno8 Z 5G menyokong sambungan RAM maya yang sehingga RAM 5GB dan storan UFS 2.2 256GB. Peranti ini membawa paparan AMOLED 6.43 inci dengan kadar penyegaran 60Hz, resolusi FHD+ dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W.

    Selain itu, skrinnya turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari optik dalam paparan. Memandangkan ia menggunakan panel AMOLED, skrin peranti ini boleh menghasilkan warna dan kontras yang bagus. Kontras dan ketajaman adalah baik tetapi ia tidak setanding HDR10+ atau paparan QHD. Tambahan, kelemahan lain adalah bila anda menggunakan telefon ini dibawah matahari. Anda akan rasa sedikit sukar untuk melihat paparan dengan jelas.

    Pilihan mod pada kamera

    OPPO Reno8 Z 5G mempunyai tiga kamera di belakangnya dengan denyar LED. Kamera utamanya dilengkapi sensor 64MP, kamera kedalaman 2MP dan makro 2MP. Bahagian hadapannya pula mempunyai kamera swafoto 16MP. Dalam aplikasi kamera, anda akan melihat pelbagai ciri termasuk mod malam, perlahan (slow-mo), selang masa (time-lapse), panorama dan makro.

    Mod Potret juga terdapat pada kamera swafoto. Sekiranya anda mahukan lebih banyak kawalan manual, mod Pro membolehkan anda melaraskan kelajuan pengatup (shutter speed), apertur, ISO, imbangan putih (white balance) dan tahap pendedahan (exposure level). Rakaman video adalah standard dengan resolusi 720p atau 1080p.

    Tetingkap luncur untuk tetapan
    Tetapan Game Toolkit

    Game Toolkit menawarkan pelbagai pintasan yang boleh anda akses semasa dalam game dengan membuka tetingkap pada bahagian kiri atas. Saya boleh mengalih keluar pintasan seperti Pengubah Suara dan Kunci Orientasi untuk memberi lebih banyak ruang untuk aplikasi lain. Saya juga boleh menambah aplikasi lain yang saya mahukan sehingga 17 pintasan.

    Namun, tetingkap terapung hanya menyokong satu sahaja aplikasi untuk dipaparkan. Maklumat lain yang dipaparkan dalam Game Toolkit ialah masa, suhu telefon dan peratusan bateri. Saya boleh menyemak status sistem yang dikemas kini dalam masa nyata dan mengalihkannya ke sekeliling skrin. Ciri ini memastikan semua game yang dimainkan adalah lancar dan menyepadukan bar alat permainan apabila anda berada dalam game.

    Terdapat ciri lain seperti Breathing Light yang berfungsi untuk mengawal cahaya di sekeliling dua kamera di bahagian belakang. Anda boleh menetapkannya untuk menyala semasa mengecas atau menerima panggilan telefon. Terdapat juga tetingkap (window) Fleksibel yang membolehkan anda membuka dua aplikasi atau tab dibuka pada satu masa.

    Satu lagi ciri adalah mod Games yang membolehkan anda menyekat semua pemberitahuan ketika bermain game. Ia boleh membuka game mudah alih dengan pantas. Terdapat juga aplikasi pra-pasang seperti Netflix, WhatsApp, Lazada dan banyak lagi. Bloatware pada peranti tidak begitu berguna dan anda boleh menyahpasang kebanyakan aplikasi yang tidak diperlukan.

    Dalam bar alat permainan ini, anda boleh menetapkan telefon untuk memaksimumkan prestasi dan mengelakkan pemberitahuan. Ciri yang sangat berguna untuk dimiliki apabila anda ingin menumpukan perhatian pada permainan dan mempunyai prestasi yang terbaik.

    Terdapat ciri yang menarik pada peranti OPPO Reno8 Z 5G ini iaitu ciri Air Gesture. Ianya berfungsi dengan menggunakan isyarat tangan anda di hadapan kamera untuk menatal sesuatu halaman. Ini hanya tersedia dengan Facebook, YouTube dan TikTok setakat ini. Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk meletakkan telefon dalam mod bisu.

    Prestasi – Lancar dan boleh main game mainstream

    Daripada segi prestasi, telefon ini beroperasi dengan lancar dan hampir tiada lag. Saya memuat turun penanda aras Mark 3D dan Geekbench 5 untuk menjalankan ujian penanda aras serta mendapatkan markah skor yang diperoleh telefon ini. Berikut ialah hasil yang kami peroleh:

    Telefon ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 695. Ia adalah set cip 5G dan prestasinya adalah mencukupi untuk kegunaan harian. Untuk gaming, saya mencuba game PUBG Mobile untuk menguji prestasi dan keupayaan Reno8 Z 5G ini. Bagi PUBG Mobile, Reno8 Z 5G bukan yang terbaik untuk game tersebut tetapi mengikut kedudukan peranti ini, ia berada di atas purata daripada kebanyakan telefon segmen pertengahan lain berpandukan prestasi grafik.

    Saya cukup gembira dengan OPPO Reno8 Z 5G apabila bila bermain game. Skrin sangat responsif dan pergerakannya lancar. Saya tidak dapat menetapkan grafik kepada tetapan fps maksimum, namun ia tidak mengganggu saya kerana ia masih terasa lancar pada tahap tertentu.

    Kapasiti bateri 4,500mAh agak kecil berbanding dengan telefon yang lain tetapi cukup kecil untuk menjadikan telefon nipis, ringan dan tahan sepanjang hari. Dalam penggunaan harian biasa, saya selalunya melayari internet, menatal di Facebook, Twitter dan Instagram serta menonton video YouTube melalui WiFi. Telefon ini boleh bertahan sekitar setengah hari dengan mod kecerahan automatik dan prestasi tinggi diaktifkan.

    Palam pengecas SuperVOOC 33W

    Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila menggunakan sambungan data telefon kerana ia menghabiskan bateri dengan lebih cepat. Pengecas SuperVOOC 33W yang dibekalkan di dalam kotak membantu dalam mempercepatkan pengecasan. OPPO Reno8 Z 5G mengecas daripada 0% hingga 100% dalam masa sejam. Telefon tidak berasa panas semasa mengecas kerana OPPO telah mengoptimumkan SuperVOOC untuk berfungsi dengan betul dan selamat pada semua peranti mereka.

    OPPO Reno8 Z 5G dilengkapi kamera utama 64MP tetapi tidak mempunyai OIS sebaliknya bergantung pada EIS. Kamera lain ialah kamera sudut ultra lebar 8MP dengan medan pandangan 120 darjah dan kamera makro 2MP. Untuk swafoto, OPPO Reno8 Z 5G menggunakan kamera swafoto 16MP.

    Foto daripada kamera utama agak terperinci dan mempunyai warna yang tepat walaupun dalam keadaan terang. Kamera sudut ultra lebar mengalami sedikit penurunan kualiti berbanding dengan kamera utama. Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai sebarang gangguan ton dan saya tidak menemui perbezaan besar dalam ton warna. Aplikasi kamera mempunyai pilihan pengoptimuman pemandangan AI yang meningkatkan kontras warna untuk menjadikan foto lebih cantik.

    Tetapan dalam mod Pro

    Ia hadir dengan mod HDR yang boleh ditetapkan secara manual atau secara automatik. Ia dihidupkan secara automatik dan hasilnya agak baik. Terdapat juga ciri AI OPPO yang boleh mengesan senario terbaik secara automatik semasa merakam foto. Ia juga mempunyai beberapa mod lain untuk dipilih seperti mod Malam, Normal, Potret, Dwi-pandangan, Extra HD, Pro, Makro dan Panorama.

    Pada mod biasa, ia boleh meningkat sehingga 6x zum digital tetapi saya hanya mengekalkannya sehingga 3x zum untuk mendapatkan tangkapan yang baik. Kadangkala, mod HDR boleh menjadi rumit. Ia cenderung untuk terlalu memproses imej menjadikannya kelihatan terlalu tajam dan terlalu terang. Mematikan mod HDR akan menghasilkan foto yang kelihatan lebih semula jadi.

    Tangkapan dalaman sangat bagus dan OPPO Reno8 Z 5G mampu menangkap keseimbangan warna dan ton yang baik. Walaupun begitu, anda boleh melihat beberapa gambar yang diambil oleh OPPO Reno8 Z 5G di bawah.

    Contoh tangkapan dalam cahaya malap
    Swafoto menggunakan mod potret
    Mod malam
    Video yang diambil menggunakan OPPO Reno8 Z 5G

    Kesimpulan – Pilih reka bentuk atau spesifikasi

    OPPO Reno8 Z 5G ialah telefon pintar yang direka dengan elegan serta perkakasan berkebolehan untuk urusan setiap hari dengan tanda harga RM1,799. Ia menawarkan prestasi yang baik setanding dengan telefon yang lain dalam segmen yang sama dan mempunyai kamera yang sepadan untuk harganya. ColorOS mempunyai ciri yang baik tetapi jumlah bloatware yang diprapasang boleh menjengkelkan pengguna di mana kebanyakan pengguna lebih suka Android tanpa pra-pasang apa-apa aplikasi.

    Kekurangan OIS juga menjejaskan prestasi kamera terutamanya apabila merakam foto dalam cahaya malap. Memandangkan jumlah telefon pintar yang telah dilancarkan dalam julat harga ini pada tahun lalu agak tinggi, maka wujud persaingan yang sengit untuk Reno8 Z 5G di dalam pasaran. Dengan harga yang ditawarkan, anda boleh mempertimbangkan sama ada untuk membeli OPPO Reno8 Z 5G, HONOR 70 atau Xiaomi 12 Lite.

    Kedua-dua telefon yang saya syorkan ini mempunyai spesifikasi yang lebih baik dengan harga yang lebih kurang sama. Salah satu perkara yang menajdikan telefon ini sukar untuk bersaing dengan peranti lain di dalan pasaran adalah faktor skrinnya yang hanya menyokong pada kadar segar semula 60Hz. Lebih baik jika OPPO menetapkan penanda aras pada telefon pertengahan dengan menggunakan skrin segar semula bermula pada kadar 120Hz. Saya yakin lebih ramai orang berminat untuk membelinya.

    Adakah ulasan OPPO Reno8 Z 5G ini membantu anda untuk memilih telefon kelas pertengahan yang lebih berpatutan? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno8 Z 5G ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Malaysia negara kedua paling ketagih gajet di Asia pada 2024, luang masa 8 jam...

    Agensi kajian pemasaran antarabangsa Electronics Hub telah menerbitkan senarai untuk negara yang paling banyak menggunakan gajet dalam masa sehari secara purata (average...

    Fujifilm instax mini 99 dilancar di Malaysia: Kamera analog yang boleh cetak gambar berharga...

    Pada hari ini, Fujifilm Malaysia melancarkan model kamera analog segera (instant analog camera) yang terbaru dalam siri instax*1 iaitu instax mini 99....

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh...

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G...

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X