More

    Ulasan Razer Hammerhead True Wireless Pro: Audio THX premium untuk “gamers” mudah alih

    Industri gaming mudah alih telah meningkat mendadak dalam tahun-tahun kebelakangan dan pelbagai jenama elektronik cuba mengambil kesempatan dalam trend ini untuk memperkenalkan aksesori gaming mudah alih. ASUS mendahului trend tersebut dengan barisan produk gaming mudah alih yang pelbagai sebelum jenama lain turut memperkenalkan fon telinga wayarles dengan masa tindak balas rendah (low latency) untuk gaming. Kini Razer pula telah menghasilkan fon telinga wayarles Hammerhead True Wireless Pro yang dijual pada harga RM949.

    Saya sebenarnya amat meragui jenama-jenama yang mengaku telah menghasilkan fon telinga dengan tindak balas terendah untuk tujuan gaming mudah alih. Sebagai seseorang yang gemar mendengar lagu dan telah mengulas beberapa fon telinga wayarles pada tahun lalu, pengakuan tersebut adalah sesuatu yang tidak berasas pada saya. Walau bagaimanapun, saya memutuskan untuk membuka minda dan cuba mengenakan Razer Hammerhead True Wireless Pro untuk menilai prestasinya.

    Daripada luar, Hammerhead ini nampak amat ringkas seperti kebanyakan fon telinga wayarles lain. Walaupun Razer terkenal dengan pencahayaan RGB pada perkakasan komputernya, ciri tersebut tiada dalam fon telinga ini. Rekaannya mungkin nampak besar namun ia masih boleh dipakai dengan erat dalam telinga.

    Bekas pengecas (bawah) dan sarung plastik (atas)
    Rupa Hammerhead apabila ia dipakai di telinga
    Sarung silikon SmoothComfort (kiri), SecureSeal (kanan) and sarung kapas “comply foam” (bawah)

    Lazim terdapat dua atau tiga pasang sarung silikon (silicone buds) di dalam kotak fon telinga, namun Razer seperti tidak berpuas hati dengan bilangan tersebut dan meletakkan tujuh pasang sarung silikon di dalam kotak. Menurut manual, ia terdiri daripada tiga pasang SmoothComfort berwarna hitam dengan saiz kecil, sederhana dan besar, tiga pasang SecureSeal yang separa lutsinar dengan tiga saiz serta sepasang sarung yang dibuat daripada kapas (comply foam) berwarna hitam dengan saiz sederhana.

    Razer mencadangkan agar SmoothComfort dipakai untuk penggunaan yang lama, manakala SecureSeal pula dipakai untuk mengasingkan hingar (noise isolation). Untuk sarung kapas pula, ia diperbuat daripada busa premium yang boleh mengikut bentuk lubang telinga untuk membatalkan hingar secara pasif. Selepas mengenakan ketiga-tiga jenis, saya menggemari sarung kapas kerana kebolehannya untuk mengurangkan hingar, manakala SmoothComfort pula langsung tidak mempunyai kelebihan daripada segi audio.

    Quick Attention Mode membenarkan anda untuk bercakap tanpa perlu menanggalkan Hammerhead

    Anda boleh mengawal Hammerhead ini dengan enam jenis gerakan sentuhan untuk 13 fungsi, di mana saya merasakan ia agak keterlaluan. Sistem sentuhan ini tidaklah mesra pengguna untuk mereka yang baru berjinak dengan fon telinga wayarles malah memerlukan masa untuk membiasakan dengannya. Sebagai contoh, anda perlu sentuh dan tahan selama 1 saat untuk main atau jeda lagu. Ada juga beberapa fungsi yang memerlukan anda untuk menyentuh selama dua hingga empat saat.

    Beralih ke prestasi audio, Hammerhead mempunyai pengiktirafan THX jadi ia memang menghasilkan bunyi yang jelas. Tahap kelantangan bunyi maksimum yang boleh dihasilkannya adalah sangat kuat, jadi saya tidak perlu melepasi 50% untuk bermain game atau memainkan muzik. Suara daripada panggilan telefon juga adalah amat jelas, manakala pihak pemanggil pula mengatakan suara saya yang dirakam oleh Hammerhead boleh didengar dengan baik.

    Walaupun dengan bunyi THX yang bagus, saya tidak merasakan ia adalah satu keperluan untuk gamers. Apabila saya mengaktifkan Game Mode, saya langsung tidak mendengar sebarang perbezaan sewaktu memainkan beberapa pusingan COD Mobile. Perkara sama juga berlaku sewaktu bermain game ritma (rhythm) seperti Cytus II, di mana hanya bunyi bass sahaja yang lebih tinggi sedikit. Malang sekali, Game Mode hanyalah gimik yang tidak mendatangkan sebarang nilai.

    "
    "
    Walaupun Game Mode tidak mempunyai sebarang kelebihan, teknologi THX masih menghasilkan bunyi yang bagus
    Mutu bunyi yang dihasilkan daripada lagu juga adalah jelas

    Jika ia digunakan untuk mendengar lagu, saya amat berpuas hati dengan Hammerhead. Namun drum bass sering menghasilkan bunyi yang agak rata untuk lagu-lagu daripada konsert atau nyanyian semula (cover song). Beberapa lagu genre elektronik juga mengalami isu ini terutamanya apabila getaran bass yang dalam tidak boleh dirasakan. Perkara ini boleh dialami dalam lagu Face My Fears oleh Utada Hikaru dan lagu How You Like That versi remix oleh Amy Park.

    Daripada segi bateri pula, ia boleh bertahan dengan agak lama. Dengan penggunaan selama dua hingga tiga jam setiap hari selama empat hari, bateri dalam bekas pengecasnya hanya telah berkurangan sebanyak 50%. Bateri dalam fon telinga pula berkurangan dalam jumlah yang sama selepas digunakan selama tiga jam, jadi waktu keseluruhan penggunaan fon telinga sahaja adalah selama lebih kurang enam jam.

    Boleh disiram dengan mudah
    Adakah anda sanggup berbelanja RM949 untuk produk ini?

    Dengan harganya yang dijual pada RM949, saya berasa agak berbelah bahagi terhadap Hammerhead True Wireless Pro. Ia mempunyai bunyi yang bagus daripada teknologi THX dan saya gemar menonton video dengannya. Malang sekali mutu bunyi tersebut dihampakan oleh kawalan sentuhan yang rumit dan Game Mode yang tidak mendatangkan fungsi bermakna. Oleh yang demikian, saya berpendapat kelebihan bunyinya tidak dapat mengatasi kelemahan yang agak ketara itu.

    Jika anda inginkan fon telinga wayarles untuk gaming, anda boleh lihat pada Edifier Hectate GM4 yang lebih murah. Walaupun ia tidak dilengkapi teknologi THX, sekurang-kurangnya ia dijual pada harga yang jauh lebih murah iaitu RM399 sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika ulasan ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Ciri dan spesifikasi teknologi

    • Pemacu bunyi 10mm
    • Pengiktirafan THX
    • Dua mikrofon beamforming
    • Hybrid Active Noise Cancellation, tindak balas rendah 60ms, rating kalis air IPX4
    • Bateri sehingga 20 jam (4 jam fon telinga + 16 jam bekas pengecas)
    • Aksesori: Bekas pengecas, kabel USB-C, 6 pasang sarung silikon, sepasang sarung kapas

    Kelebihan: Bunyi THX yang mantap untuk video, game dan lagu, hayat bateri yang panjang

    Kekurangan: Kawalan sentuhan yang rumit, harga mahal, Game Mode yang mengecewakan

    Kesimpulan: Dapatkannya jika anda seorang peminat Razer dan inginkan kualiti bunyi THX

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...