fbpx
More

    Ulasan realme Band: Pembantu kesihatan baik yang selesa dipakai

    Pada bulan lalu, beberapa produk AIoT realme telah dilancarkan. Selain membawa masuk realme watch ke pasaran Malaysia, realme Malaysia turut membawa masuk gelang pintar pertamanya, realme Band dan realme Buds Air Neo. Kami telah mengulas mengenai realme Buds Air Neo yang terbukti baik sebagai fon telinga wayarles berpatutan untuk pengguna Android.

    Kami telah menguji realme Band ini, jadi jom kita telusuri apakah ulasan penawaran spesifikasi yang berbaloi untuk kita membelinya.

    Reka bentuk – Lawa dan bergaya + selesa dipakai

    Sudah berapa lama rasanya kami tidak meletakkan jangkaan tinggi terhadap gelang pintar atau gelang penjejak kesihatan (band) yang hadir di pasaran. Sejak pelancaran realme Band, jangkaan kami berubah. Jika anda melihat rekaan skrin beberapa gelang pintar jenama lain, skrinnya seperti mempunyai bonggolan. Berlainan dengan realme Band, skrin dan tali gelang pintar ini seperti dihubungkan bersama. Lengkungan pada skrin memperlihatkan rekaan gelang pintar yang sebenar. realme Band hadir dengan warna kuning, hijau dan hitam.

    Terdapat butang sentuhan pada bahagian bawah skrin

    Kami mendapat pilihan warna hijau untuk kali ini. Semasa memakainya buat pertama kali, gelang pintar ini terasa sangat ringat. Untuk individu yang tidak gemar memakai aksesori seperti pengulas, gelang pintar ini tidak terasa beratnya. Pada masa yang sama, anda tidak akan merasa melekit pada tali jam tangan jika anda berpeluh memandangkan ia hadir dengan getah bersifat matte.

    Diperbuat dari getah matte, anda tidak akan merasa melekit atau tidak selesa jika anda berpeluh

    realme Band ini menggunakan pengecasan terus USB. Anda cuma perlu menanggalkan tali gelang pintar dan plag (plug) antara muka USB dengan pengecas untuk mengecas. Perlu diingatkan bahawa pengguna juga boleh terus plag ke komputer atau power bank untuk mengecas. Jadi, anda dapat mengurangkan pembawaan pengecas berlebihan.

    Antara muka USB realme Band

    Bahagian hadapan realme Band menggunakan paparan AMOLED 0.96 inci. Ia memaparkan kandungan yang lebih kecil dari jangkaan, namun ianya bukan masalah besar. Terdapat cuma satu butang kawalan pada bahagian bawah skrin. Klik satu kali untuk melihat kandungan pada halaman seterusnya, dan tekan lebih lama untuk memulakan halaman pilihan fungsi.

    Prestasi: Pembantu yang menjaga kesihatan anda dengan bagus

    Seperti realme Buds Air Neo, pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar realme boleh memuat turun aplikasi realme Link sebelum menggunakan realme Banda. Setelah memuat turun, anda boleh menghubungkan realme Band ke telefon pintar anda melalui Bluetooth.

    Aplikasi boleh dimuat turun jika anda tidak mempunyai peranti realme
    Boleh digunakan untuk menjejak kiraan langkah, degup jantung dan rekod senaman

    Setelah dihubungkan, anda boleh menggunakan aplikasi realme Link untuk melihat kadar bateri, kiraan langkah, status tidur, degup jantung dan rekod senaman anda, Melalui aplikasi, anda juga boleh memilih 5 jenis rekaan latar belakang dengan 9 halaman fungsi yang anda boleh paparkan. Ini termasuklah fungsi seperti masa, kiraan langkah, meter degup jantung, jam penggera, dua fungsi pilihan (cuaca, jam randik, muzik) dan 3 mod sukan pilihan.

    Mengenai mod sukan, terdapat 9 mod sukan kesemuanya termasuklah Yoga, Larian, Kayuhan dalam Rumah (Spinning), Kriket, Berjalan, Aktiviti Kecergasan (Fitness), Hiking, Mendaki dan Berbasikal. Walaupun tiada mod berenang, realme Band mempunyai rating IP68.

    Beberapa pilihan UI yang anda boleh pilih
    Anda boleh memilih 3 mod sukan sekaligus

    realme Band menyokong pengesanan degup jantung dan mengemaskininya setiap 5 minit untuk membenarkan anda mengethaui jika ianya terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain itu, ia boleh mengesan degup jantung anda semasa tidur juga. Kemudiannya, data ini akan dianalisis untuk menentukan kualiti tidur anda.

    Sebagai tambahan, realme Band juga menyokong peringatan dari masa ke masa. Anda boleh menetapkan realme Band untuk memperingati peringatan minum air atau untuk bangun dari tempat duduk. Hal ini amat bermakna jika anda merupakan sejenis individu yang terlalu fokus sehingga terlupa akan sesuatu. Ciri asas lain ialah fungsi penggera yang anda boleh tetapkan apabila tiba masa untuk tidur atau bangun dari tidur. Anda juga boleh menetapkan masa berapa lama anda mahu tidur, peranti akan berhenti menghantar peringatan atau penggera semasa anda sedang berehat.

    (Tetapan dalam bahasa Mandarin, boleh ditukar ke bahasa pilihan anda), ini adalah graf yang menunjukkan jika tidur anda berkualiti atau tidak
    Penggera yang boleh ditetapkan melalui aplikasi

    realme Band dilengkapi sensor tiga paksi akselerometer (3-axis accelerometer). Berdasarkan ujian yang telah dibuat, sensor berfungsi dengan agak tepat. Semasa mengira langkah, pergerakan tangan seperti getaran tangan jarang dikesan secara tidak sengaja. Mengenai ketahanan bateri, realme Band mempunyai kapasiti bateri 90mAh sahaja. Jika fungsi pengesanan degup jantung ditutup, peranti mampu bertahan sehingga 6-7 hari. Ketahanan baterinya agak kurang berbanding gelang pintar lain di pasaran.

    Secara keseluruhan, realme Band berfungsi dengan baik dan mempunyai reka bentuk yang menarik. Ia juga mempunyai raing tahan air dan debuk IP68 yang mana berguna untuk seutas gelang pintar bernilai RM129. Hanya satu ciri yang perlu dinaik taraf, jangka hayat bateri peranti ini.

    Spesifikasi dan Ciri Teknologi

    • Saiz: 19.6 x 11.9 x 240 mm (Lebar x Tinggi x Panjang)
    • Berat: 20g
    • Paparan: 2.4cm (0.96 inci), resolusi 80×160
    • Bateri: 90mAh
    • Sambungan: Bluetooth 4.2
    • Tahan air/debu: IP68, tahan air sehingga 1.5 meter
    • Sensor: 3-paksi akselerometer, sensor degup jantungm motor getaran Rotor
    • Mod: Yoga, Larian, Kayuhan dalam Rumah (Spinning), Kriket, Berjalan, Aktiviti Kecergasan (Fitness), Hiking, Mendaki dan Berbasikal
    • Lain-lain: Ukuran degup jantung automatik, pengesanan degup jantung 24 jam real-time, degup jantung semasa berehat, semasa bersenam, pengesanan tidur, kiraan langkah harian, kalori, jarak, peringatan minum air dan peringatan sedentari

    Kelebihan dan Kelemahan

    Kelebihan: Reka bentuk menarik, tali gelang getah dan menyokong pengesanan degup jantung.

    Kelemahan: Kapasiti bateri kecil dan ketiadaan mod sukan air.

    Kesimpulan: Selesa dipakai dengan fungsi-fungsi yang baik, tetapi jangka hayat bateri memerlukan penambahbaikan.

     

    Artikel Terkini

    Kerajaan akan beri internet berkelajuan tinggi kepada sekolah bermula Julai 2024

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menyediakan pakej langganan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada sekolah-sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)...

    KWSP akan sediakan pilihan pindah dana daripada Akaun Fleksibel ke Akaun 1 dan 2

    Awal bulan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan struktur akaun baharu yang merangkumi Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dengan membolehkan ahlinya mengakses...

    Harga Snapdragon 8 Gen 4 dijangka mahal, pengeluar telefon perlu pertimbangkan konfigurasi produk

    Qualcomm bersedia untuk beralih kepada teras Oryon suainya dengan pengumuman rasmi Snapdragon 8 Gen 4 yang dijangka berlaku pada bulan Oktober. Peralihan...

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X