fbpx
More

    Ulasan SONY WF-H800 – Fon telinga TWS premium dengan naik taraf audio DSEE HX

    Apakah ciri yang anda inginkan untuk sepasang fon telinga TWS (True Wireless Stereo) selain dari Pembatalan Hingar Aktif? Soalan ini mungkin soalan yang difikirkan Sony semasa ingin menghasilkan SONY WF-H800 h.ear in 3 kerana ia hadir dengan naik taraf kejelasan audio DSEE HX, NFC, sensor inframerah dan Google Assistant terbina dalam yang boleh membacakan notifikasi kepada anda. Adakah ianya mencukupi untuk sepasang TWS berharga di bawah RM1K? Persoalan mungkin terjawab dengan ulasan kami mengenai SONY WF-H800.

    Mengenai reka bentuk, SONY WF-H800 mengekalkan rekaan bulat sama seperti SONY WF-XB700, tetapi sedikit ‘kurus’, tidak kelihatan sebesar yang terdahulu. Reka bentuk keseluruhan mungkin kelihatan sedikit berat tetapi apabila dipakai di telinga, ia masuk ke dalam alur telinga anda mengikut kedalaman yang selesa. Cubaan menggerakkan kepala dengan agak kasar tidak dapat menjatuhkan fon telinga ini, jadi anda boleh menggunakannya semasa berlari atau bersenam.

    Fon telinga SONY WF-H800 h.ear in 3
    WF-H800 agak lebih kecil
    Terdapat sensor inframerah untuk mengesan jika ianya sudah berada di dalam telinga anda atau tidak
    Butang yang masih mudah untuk diakses, kini boleh diubah suai fungsinya
    Menduduki telinga dengan baik sebaik sahaja dimasukkan

    Seperti WF-XB700, WF-H800 mengekalkan butang fizikal pada setiap belah fon telinga yang memudahkan akses untuk menggunakannya. Tidak seperti model WF-XB700 sebelumnya, WF-H800 mempunyai sensor inframerah di dalamnya untuk mengesan jika fon telinga telah melekap di telinga anda. Jika anda mengeluarkan fon telinga dari telinga anda, ia akan menghentikan muzik anda secara automatik, sekaligus menjimatkan tenaga untuk masa yang lebih panjang.

    Anda boleh mengecas fon telinga dengan menempatkannya dalam bekas pengecasan. Pengecasannya mengambil masa 2.5 jam melalui port USB Type-C. Bekas pengecasan jenis suede berwarna kelabu semenangnya kelihatan premium, tetapi hanya ada satu cara untuk meletakkannya (seperti dalam gambar). Ketahanan baterinya mengagumkan dengan jangka hayat setiap fon telinga 8 jam + 8 jam. Selama 2 minggu dari kali terakhir pengecasannya, ia masih mengekalkan tahap bateri 100%.

    Bekas pengecasan mengecas fon telinga secara automatik, kini dengan NFC
    Kelihatan premium
    Hanya boleh dibaringkan sebegini
    Boleh dicas melalui USB Type-C

    Anda boleh memilih untuk menghubungkannya dengan peranti anda melalui aplikasi Sony Headphone Connect sama ada secara manual, kod QR, NFC atau Bluetooth. Perhubungan ini membenarkan anda mengubah suai penyama audio (equalizer) dan fungsi 2 butang, serta menetapkan audio DSEE HX atau 360 Reality. Seperti SONY TWS terdahulu, sambungan Bluetooth agak baik walau pada jarak maksimum 10m dan masih berfungsi walau terhalang dengan dinding atau pintu.

    Kualiti bunyi adalah baik dan jelas untuk semua jenis muzik, kecuali untuk gaming yang mempunyai kelewatan (isu biasa untuk fon telinga Bluetooth). Adakah ciri naik taraf audio DSEE HX berfungsi dengan baik? Mungkin kami bukan pakar audio, tetapi terdapat perbezaan audio apabila ianya diaktifkan. Ton adalah lebih jelas bersama bunyi dram, dan audio seperti mempunyai lebih kedalaman. Namun, terdapat harga yang perlu anda bayar untuk fungsi ini.

    Anda boleh mengubah suai tetapan dalam aplikasi SONY Headphones Connect

    Menurut SONY, anda bukan sahaja boleh mengaktifkan pilihan DSEE HX pada aplikasi Sony Headphones, tetapi juga boleh menetapkan mod kualiti bunyi kepada Priority on Sound Quality (tetapan asal ialah Priority on Stable Connection). Hasilnya, terdapat sedikit langkau pada sambungan Bluetooth dan muzik dalam jarak melebihi 10m, atau disebalik dinding. Namun, jika anda mendengar dalam bilik yang sama dengan telefon pintar anda, masalah ini tidak akan timbul.

    Aakah 360 Reality Audio berfungsi? Ya. Namun, anda perlu membiarkan ia menganalisis bentuk telinga anda (membenarkan ia mengenal telinga anda). 360 Reality Audio bagaimanapun cuma berfungsi untuk sesetengah aplikasi (Deezer, Tidal, nugs.net). Setelah mengujinya, ia sememangnya menambah sedikit kedalaman kepada audio yang dihasilkan oleh fon telinga ini. Namun, memandangkan ia hanya berfungsi untuk 3 aplikasi, ia agak menjengkelkan jika anda sebenarnya tidak pernah menggunakan aplikasi yang dinyatakan. Pada masa hadapan, kami berharap agar ia hadir pada aplikasi penstriman filem juga (seperti Netflix). Apa pun, biarlah masa yang menentukan adakah harapan ini akan ditunaikan.

    Seronok bila Google Assistant membaca notifikasi WhatsApp anda

    Apa yang menariknya, WF-H800 tidak berfungsi dengan baik melalui Zoom, tetapi berfungsi dengan baik untuk panggilan dan mesyuarat dalam talian melalui aplikasi seperti Webex. Ia juga berfungsi dengan baik dengan peranti iOS walaupun pada awalnya, mempunyai sedikit masalah untuk menghubungkannya. Fon telinga ini juga pernah terputus hubungan secara tiba-tiba, tetapi mungkin ianya bukan satu masalah kerana hal ini tidak pernah terjadi lagi dalam tempoh kami mengujinya.

    Secara keseluruhan, SONY WF-H800 menawarkan beberapa ciri untuk pengguna SONY TWS yang arif. Keupayaan untuk membaca notifikasi anda (termasuk WhatsApp!) dan menjawabnya melalui Google Assistant sangat berguna untuk individu yang tidak mudah terganggu dengan pemakaiannya semasa memandu. Manakala ciri lain seperti DSEE HX dan 360 Reality Audio cuma boleh digunakan untuk individu dengan citarasa audio yang tinggi berbanding pendengar biasa, atau sememangnya pengguna yang mendengar melalui aplikasi penstriman muzik yang pernah dinyatakan. Sambungan NFC adalah baik, tetapi memandangkan anda hanya menggunakannya untuk sekali sahaja, itulah dia seadanya.

    Adakah harga RM849 yang diminta oleh SONY berbaloi? Ya, jika anda menggunakan semua ciri yang dinyatakan di atas. Jika tidak, kami boleh menyatakan bahawa kami lebih cenderung untuk mendapatkan SONY WF-XB700 yang pernah diulas. Apa pun, ini cuma pendapat peribadi sahaja. Jika anda mencari SONY TWS premium yang mungkin bersesuaian dengan pakaian bersenam anda, mungkin anda boleh merisik SONY WF-H800. Fon telinga ini sangat baik dan tahan lama untuk pendengar audio bermutu tinggi. Atau anda juga boleh mencuba SONY WF-SP800N yang lebih berfokuskan sukan, hadir dengan harga sama RM849 (nantikan ulasannya di TechNaveBM.com).

    Ciri teknologi dan spesifikasi

    Berikut adalah ciri teknologi dan spesifikasi SONY WF-H800:

    • Jenis Closed Dynamic
    • Unit pemacu 6mm (jenis Dome)
    • Neodymium Magnet
    • Respon frekuensi Bluetooth 20Hz – 20000Hz (44.1KHz Sampling)
    • Menyokong Bluetooth 5.0, A2DP, AVRCP, HFP, HSP, SBC, AAC, SCMS-T, Google Assistant, Alexa terbina dalam
    • Jarak efektif – lebih kurang 10m
    • Menampilkan NFC (bekas), DSEE HX 
    Ada apa dalam kotak?

    Kelebihan dan Kelemahan

    Kelebihan: Menyokong DSEE HX, NFC, 360 Reality Audio dengan bunyi yang mantap, ketahanan bateri yang lama, serta sambungan Bluetooth dan kualiti audio yang stabil. Boleh diubah suai audionya.

    Kelemahan: Harga agak tinggi dan kebanyakan ciri hanya disokong beberapa aplikasi, khas untuk pengguna tertentu. Tiada ANC (Active Noise Cancellation).

    Kesimpulan: Masih merupakan fon telinga SONY TWS premium yang baik untuk audiofil dan peminat audio bermutu tinggi.

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X