fbpx
More

    Ulasan Sony WF-SP800N – Fon telinga wayarles TWS terbaik untuk dengar lagu sewaktu beriadah

    Jika anda sering risau kalau fon telinga wayarles anda terjatuh sewaktu bersenam, mungkin anda boleh pertimbangkan Sony WF-SP800N sebagai peneman lagu anda. Produk ini telah pun dilancarkan beberapa bulan lalu dengan tanda harga RM849 dan ia memang dikhaskan untuk mreka yang aktif bersukan. Jadi apakah yang membezakan WF-SP800N dengan fon telinga wayarles lain di luar sana?

    Sebaik sahaja ia dibawa keluar daripada kotak, saiz fon telinga dan bekas pengecasnya agak besar jika dibandingkan dengan fon telinga TWS (True Wireless Stereo) lain; ini adalah kerana saiz baterinya yang lebih besar. Selain itu, fon telinga ini juga dilengkapi pemegang cuping telinga yang akan membuatkannya melekap kuat pada telinga anda sewaktu senaman intensif. Produk ini turut didatangkan dengan dua saiz pemegang cuping telinga dan empat saiz getah earbuds.

    Perbandingan saiz antara Apple AirPods (kiri) dan Sony WF-SP800N (kanan)
    Rekaan Sony WF-SP800N secara lebih dekat
    Walaupun ia nampak besar, fon telinga ini sebenarnya amat kukuh pada telinga

    WF-SP800N datang dengan empat pilihan warna iaitu putih, hitam, biru dan oren. Saya sendiri menyukai warna oren kerana ia nampak lain daripada lain dan sangat menarik perhatian. Jika dibandingkan dengan fon telinga lain, warna oren WF-SP800N amat unik dan bergaya, malah ia amat mudah untuk dikesan dalam beg tangan saya.

    Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana pembatalan hingar berfungsi dalam fon telinga ini. Terdapat fungsi bernama Adaptive Sound Control yang mengesan dan melaras bunyi persekitaran (ambient sound) serta pembatalan hingar secara automatik. Anda boleh mengubah tetapan pembatalan hingar dalam aplikasi Headphone Connect Sony sewaktu berdiri tegak, berjalan, berlari dan juga menunggu. Ia akan mengesan pergerakan secara automatik agar anda tidak perlu kerap mengakses telefon.

    Pilihan warna WF-SP800N
    Kawalan Adaptive Sound Control

    Saya telah pun menggunakan fon telinga ini selama dua minggu dan pembatalan hingarnya amat mengagumkan saya, terutamanya apabila saya bersenam di taman. Bunyi EXTRA BASS memberikan bunyi yang mendalam dan bertenaga, membuatkan saya ingin bersenam dengan lebih aktif lagi. Walaupun sewaktu saya tidak memainkan sebarang lagu, fon telinga ini masih boleh mengesan pergerakan saya dan membenarkan saya untuk mendengar bunyi persekitaran. Anda juga boleh melaraskan equaliser dalam aplikasi.

    Sementara itu, 360 Reality Audio merupakan pengalaman yang baru buat saya; ia boleh membuatkan pemakainya berasa seolah-olah seperti berada dalam konsert, studio atau majlis. Di samping vokal dan bass, saya boleh mendengar instrumen muzik yang berasingan secara jelas. Untuk mengakses fungsi ini anda hanya perlu membuka tetapan aplikasi dan ia akan mengimbas bentuk telinga anda untuk menjana mutu audio yang optima. Namun, fungsi ini hanya berfungsi dengan Deezer, nugs.net dan TIDAL serta tidak boleh digunakan bersama Spotify dan Apple Music. Jika anda berminat untuk mencubanya, anda boleh dengar 360 Reality Audio di YouTube terlebih dahulu. Terdapat juga sekeping baucar percubaan dalam kotak yang membolehkan anda untuk mencubanya.

    Kawalan 360 Reality Audio
    Baucar percubaan untuk 360 Reality Audio yang turut disertakan dalam kotak (saya sudah pun menggunakan kod ini)

    Daripada segi kualiti bunyi, fon telinga ini sentiasa memberi pengalaman muzik terbaik tanpa mengira genre. Daripada lagu akustik hinggalah pop dan EDM, butiran audionya adalah jelas seperti yang boleh dijangka daripada Sony. Jika anda inginkan lebih ‘oomph’ dalam lagu anda, hidupkan fungsi EXTRA BASS melalui aplikasi Headphones Connect. Saya amat menyukai muzik EDM yang dihasilkan oleh fon telinga ini, seperti lagu Animals ole Martin Garrix dan lain-lain lagu yang serupa.

    Untuk hayat bateri, fon telinga ini boleh tahan sehingga sembilan jam manakala bekas pengecasnya boleh menyediakan tenaga untuk sembilan jam lagi. Jika anda mematikan pembatalan hingar, fon telinga sahaja mampu tahan selama 13 jam manakala bekas pengecas turut boleh memberikan hayat selama 13 jam lagi, untuk jumlah operasi keseluruhan selama 26 jam. Untuk mengecasnya, anda hanya perlu cas 10 minit bagi penggunaan selama 60 minit dengan pembatalan hingar dihidupkan.

    Bekas pengecas ini tidak menyokong pengecasan wayarles, hanya boleh dicas melalui port USB-C di bahagian bawah

    Fon telinga ini menyokong hubungan Bluetooth 5.0 dan jarak hubungannya kuat walaupun jika saya berada dalam bilik yang berlainan daripada telefon saya. Sistem pembantu suara (voice assistant) juga boleh digunakan bersama fon telinga ini, termasuk Google Assistant, Amazon Alexa dan Siri. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menemui Siri dalam tetapan fon telinga ini. Selain itu, memandangkan produk ini mempunyai rating IP55, anda tidak akan mempunyai masalah untuk membasuhnya dalam rendaman air. Perlu diingati bahawa bekas pengecasnya tidak mempunya rating kalis air yang sama.

    Fon telinga yang dijual pada harga RM849 ini memang agak mahal namun saya berpendapat ia amat berbaloi dengan harga tersebut. Saya bukan sahaja menyukainya kerana ia wayarles dan dilengkapi pembatalan hingar, malah ia tidak akan jatuh sewaktu saya bersenam. Kalau anda jarang bersenam dan tidak terlalu kisah terhadap genggaman fon telinga yang erat pada telinga, mungkin anda boleh pertimbangkan Sony WF-XB700 yang berharga RM549.

    Siri tidak boleh ditemui dalam tetapan WF-SP800N
    Laman web rasmi WF-SP800N

    Anda boleh beli Sony WF-SP800N di laman web rasmi atau wakil pengedar sah. Adakah ulasan ini membantu anda untuk membuat keputusan pembelian anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Spesifikasi dan fungsi

    • Frekuensi – 2.4GHz band (2.4000GHz-2.4835GHz)
    • Pemacu bunyi 6mm (jenis kubah)
    • Codec SBC AAC
    • Berat: 9.8g x2 (fon telinga), 59g (bekas pengecas)
    • Tahan air dan peluh IP55
    • Kawalan sentuhan
    • Versi Bluetooth 5.0
    • EXTRA BASS
    • Pembantu suara – Google Assistant, Amazon Alexa

    Kelebihan dan kekurangan

    Kelebihan: Melekap pada telinga dengan erat sewaktu bersenam, rating kalis air IP55, hayat bateri sehingga 18 jam (gabungan bateri fon telinga dan bekas pengecas dengan pembatalan hingar diaktifkan), ringan dan EXTRA BASS

    Kekurangan: 360 Reality Audio hanya untuk aplikasi terpilih, mahal, Siri tidak terdapat dalam aplikasi Headphones Connect

    Konlusi: Sesuai untuk mereka yang ingin bersenam sambil mendengar muzik dengan EXTRA BASS

    (Diterjemahkan daripada TechNave English)

     

    Artikel Terkini

    Whatsapp kini benarkan ‘pin’ 3 mesej dalam sembang

    WhatsApp telah meningkatkan ciri-cirinya untuk menampung interaksi kumpulan besar, bertujuan untuk bersaing dengan platform seperti Telegram dan Discord. Baru-baru ini, ia meningkatkan...

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X