fbpx
More

    Ulasan Wiko T50 – Telefon pintar kelas pertengahan biasa, sesuai untuk tugasan harian

    Pada awal bulan Ogos hari itu, WIKO Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar baru untuk tahun ini dan salah satu di antaranya adalah WIKO T50 di mana ia menampilkan bezel yang sangat nipis dan kelihatan hampir semua skrin pada bahagian hadapannya. Ayuh baca ulasan kami untuk mengetahui sama ada peranti Wiko ini sesuai untuk penggunaan anda.

    Rekaan – Berkilat berbanding model sebelum ini

    Sebagai sebuah telefon kelas pertengahan, WIKO T50 mempunyai rekaan luaran yang berkilat berbanding model-model sebelum ini di bahagian belakangnya. Ia mempunyai permukaan plastik berwarna Aqua Green seperti dalam gambar dan terdapat lagi satu warna iaitu Midnight Black.

    Telefon ini selesa dipegang tetapi ia meninggalkan kesan cap jari dengan mudah. Bonggol kameranya berbentuk bujur di bahagian atas kiri agak tebal sambil membawa tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP.

    Bahagian sisinya mempunyai rangka plastik rata yang merangkumi sisi kanan menempatkan butang audio dan pengimbas cap jari yang turut berfungsi sebagai butang kuasa. Bahagian bawah pula mempunyai satu pembesar suara, port USB-C dan slot dwi-SIM. 

    Di hadapannya, ia mempunyai skrin berukuran 6.6 inci dengan sempadan bezel skrin sangat nipis berbanding bahagian atas dan tepi bawah hanya berukuran 1.1mm dan 3.5mm menjadikan peranti ini hampir semua skrin pada bahagian hadapannya. Terdapat kamera swafoto dalam lubang punch hole di bahagian atas tengah skrin yang agak standard untuk sebuah telefon kelas pertengahan.

    Walaupun telefon ini menggunakan panel IPS LCD, ia masih boleh menghasilkan warna pekat ketika menonton video dan bermain game. Sesi menatal (swiping) skrin juga agak lancar dengan kadar penyegaran semula 60Hz untuk kegunaan harian termasuk melihat media sosial dan gaming

    Bagi mereka yang membeli WIKO T50, anda akan mendapat pelindung skrin, sarung silikon, pin SIM, pengecas 40W dan kabel pengecas USB-C. Saya agak teruja kerana WIKO menyediakan pelindung skrin dan tidak kesemua jenama telefon menyediakan aksesori ini malah kadang-kadang ia harus dipasang dengan harga yang kurang berpatutan.

    Dalam kotak: Telefon WIKO T50, pelindung skrin, sarung silikon, pin SIM, pengecas 40W dan kabel pengecas USB-C

    Spesifikasi – Telefon pintar biasa sahaja

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon kelas permulaan ini:

    • Cipset MediaTek Helio G35
    • RAM 8GB + storan 128GB (boleh ditambah melalui microSD sehingga 256GB)
    • Nisbah bidang 20:9 dan penyegaran semula 60Hz
    • Paparan IPS LCD 6.6 inci 
    • Kamera utama 64MP + sensor ultralebar 8MP + makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,000mAh (mampu bertahan sehingga 2 hari)
    • Pengecasan 40W
    • Sistem operasi Android 11 

    Daripada segi cipset, ia membawa cipset MediaTek Helio G35 dengan prestasi yang pantas untuk kegunaan harian termasuklah melayari internet, aplikasi pemesejan, media sosial dan lain-lain. Namun, ada seketika masa saya mendapati aplikasi agak lambat dibuka. 

    Modul kameranya pula sama seperti telefon pintar kelas pertengahan yang lain dengan  kamera utama 64MP, ultralebar 8MP dan makro 2MP manakala kamera hadapannya membawa 16MP. Mereka yang menggemari fotografi ultra-lebar serta makro mungkin boleh memanfaatkan fungsi tersebut namun pengguna tidak boleh mengharapkan gambar yang ditangkap menghasilkan kualiti gambar seperti OPPO A96.

    Kameranya mendatangkan fungsi yang agak standard seperti HDR, sela masa (time lapse), bokeh dan penapis (filter) menarik. Ia tidak memberi sebarang fungsi lain untuk kualiti penstriman atau kualiti fotografi yang menakjubkan. 

    Selain itu, ia mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh yang boleh bertahan lebih dua hari dengan penggunaan minima. Telefon ini menyokong pengecasan pantas 40W. Ia agak cepat jika dibandingkan dengan beberapa telefon pintar kelas pertengahan seperti Samsung Galaxy A73 5G yang menyokong pengecasan pantas 25W pada harga yang lebih mahal.

    Ia mempunyai RAM sebanyak 8GB dan storan 128GB yang tetap tanpa slot kad memori microSD seperti telefon pintar kelas pertengahan yang lain untuk era terkini. Ia masih menggunakan perisian Android 11 mudah untuk digunakan untuk pengguna-pengguna peranti Android.

    Prestasi – Tidak sesuai untuk gaming

    Sebelum saya mengulas lanjut tentang prestasi telefon ini, berikut adalah keputusan yang dihasilkan daripada ujian penanda aras Geekbench dan 3DMark untuk WIKO T50 ini:

    Dengan cipset MediaTek Helio G35, anda memang tidak boleh jangkakan prestasi yang sangat pantas untuk tugasan berat seperti gaming . Jika anda sekadar menggunakannya untuk tugasan harian, telefon ini boleh melaksanakannya dengan cemerlang lebih-lebih lagi dengan kadar skrin 60Hz.

    Namun, sewaktu bermain game seperti Mobile Legend, telefon ini menjana prestasi yang lancar tetapi akan berlaku sedikit kelambatan untuk membuka aplikasi.

    Untuk pengalaman audio, pembesar suara stereo dalam telefon ini menghasilkan kualiti yang agak rendah walaupun audio telah pun saya tetapkan pada maksimum. Bicu audio 3.5mm boleh didapati di bahagian atas telefon dan ini agak mengganggu penggunaan saya ketika menonton video secara menegak sambil menggunakan fon telinga berwayar. 

    Bagusnya, telefon ini mampu bertahan lebih dua hari dengan penggunaan biasa. Ia berjaya mencatatkan masa hampir lima jam untuk penggunaan tanpa henti terutamanya ketika memainkan video pada kuasa bateri 100%. Seperti biasa, jika anda ingin membuatkannya tahan lebih lama lagi, anda boleh mengaktifkan Power Saving Mode yang boleh meningkatkan hayat bateri sehingga tiga hari.

    Daripada segi prestasi keseluruhan, tidak banyak yang istimewa tentang telefon ini. Prestasi yang dijana oleh cipset Helio G85 sekadar cukup untuk kegunaan biasa serta sesuai untuk beberapa game.

    Beralih kepada kamera, saya berpuas hati dengan mutu imej yang dihasilkan oleh kamera WIKO T50 ini. Jika anda berada dalam situasi yang mempunyai cahaya terang, ia mampu menghasilkan gambar yang cantik dengan butiran yang jelas dan warna yang agak pekat. Ia  juga mempunyai efek bokeh yang kemas namun tidaklah sempurna.

    Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda menggunakan kamera ini di dalam bangunan atau situasi malap, warna gambar menjadi sedikit pudar dan butiran agak kabur. Akan tetapi, ini adalah sesuatu yang boleh dijangkakan untuk telefon kelas ini.

    Kesimpulan – Sesuai untuk kegunaan harian 

    Pada pendapat saya, Wiko T50 ini hanyalah telefon pintar biasa yang boleh digunakan oleh golongan-golongan yang hanya menginginkan sebuah telefon tanpa kegunaan lain. Ia sangat mudah digunakan dan prestasinya pantas mengikut penggunaan dan berat aplikasi. 

    Dengan harga RM899, anda boleh mendapatkan telefon pintar yang lain seperti HONOR X8 5G menawarkan bateri 5,000mAh yang boleh bertahan lebih lama pada harga RM999 dengan menambah RM100 sahaja. Terdapat POCO M4 5G juga menawarkan kadar penyegaran semula 90Hz dan bateri 5,000mAh pada harga lebih murah bermula RM699.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan WIKO T50 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kerajaan jamin keselamatan siber data anda dalam PADU, gesa anda daftar segera

    Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan...

    Gambar atau video anak anda dimuat naik ke media sosial tanpa kebenaran? Laporkan kepada...

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching mengingatkan ibu bapa dan para penjaga supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...

    vivo Malaysia anjurkan promosi khas di Lazada, tawarkan diskaun sehingga 35% untuk pelbagai telefon

    vivo Malaysia akan menganjurkan promosi khas di platform e-dagang Lazada, dengan kempen promosi Lazada Birthday KAW KAW yang akan berlangsung pada 24...

    OPPO Malaysia anjurkan Raya Super Epik Promotion, tawarkan diskaun sehingga RM500 untuk pelbagai telefon

    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, OPPO Malaysia sedang menganjurkan promosi khas Raya Super Epik Promotion sehingga 21 April 2024...

    realme tawarkan diskaun sehingga 57%, baucar sehingga RM200 untuk pelbagai peranti

    Bermula hari ini jam 8:00 malam sehingga 27 Mac 2024, realme Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk pelbagai kategori produknya, di mana...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X