More

    Undi Pokémon kegemaran anda untuk Pokémon Of The Year!

    27 Februari adalah sebuah tarikh keramat buat jutaan peminat francais Pokémon kerana ia adalah tarikh game pertama siri itu, Pokémon Red dan Pokémon Green, dilancarkan di Jepun pada 1996. Demi menyambut kedatangan tarikh itu pada tahun ini, The Pokémon Company dengan kerjasama Google ingin membuat sebuah peraduan khas untuk para peminatnya di seluruh dunia.

    Mulai hari ini sehingga 14 Februari jam 9.59pm waktu Malaysia, anda boleh mengundi Pokémon kegemaran anda untuk diiktiraf sebagai Pokémon Of The Year. Untuk mengundi, anda boleh menaip “Pokemon vote” dalam Google dan anda boleh undi satu Pokémon daripada setiap lapan generasi.

    Setiap akaun Google hanya boleh mengundi satu Pokémon dalam setiap generasi pada satu hari, jadi untuk memastikan Pokémon kegemaran anda memenangi anugerah itu anda perlu mengundinya setiap hari sehingg 14 Februari. Selain peraduan ini, The Pokémon Company juga akan mengemas kini game Pokémon GO dan menerbitkan filem Pokémon: Mewtwo Strikes Back – Evolution di Netflix.

    Pelatih Pokémon sekalian, Pokémon manakah yang anda ingin undi? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Laman web rasmi Pokémon

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...