More

    Video promosi OPPO Reno4 tunjukkan kebolehan & fungsi kamera

    Memandangkan siri OPPO Reno4 yang terdiri daripada Reno4 dan Reno4 Pro akan dilancarkan pada hari esok (5 Jun), beberapa video promosi pendek untuk telefon pintar tersebut sudah pun dikeluarkan oleh OPPO.

    Empat video pendek ini menunjukkan rekaan luaran, mod Live HDR, penstabilan video serta mod Night Scene. Menurut spesifikasi yang terdapat dalam TENAA sebelum ini, Reno4 bakal dilengkapi kamera utama 48MP tanpa penstabilan imej (OIS) + kamera ultra lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP.

    Untuk Reno4 Pro pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP dengan OIS + kamera rakaman video dengan pencahayaaan rendah 12MP + kamera telefoto 8MP. Kedua-dua varian tersebut dilengkapi kamera selfie 32MP yang sama.

    Adakah anda berminat dengan siri telefon OPPO Reno4 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured