More

    vivo anjur vivo X Project sempena siri vivo X60, 10 pemenang bertuah untuk menang baucar RM300

    Jika anda ada berkunjung ke mana-mana cawangan Concept Store di seluruh Malaysia, jangan lupa untuk menguji ciri menarik pada siri vivo X50 5G. Dengan hanya memuat naik gambar anda bersama siri vivo X60, anda boleh mendapat peluang untuk memenangi hadiah menarik dari vivo Malaysia.

    Untuk pengetahuan anda, vivo Malaysia kini menganjurkan vivo X Project sempena kehadiran peranti andalan baharu siri vivo X60. Bermula dari 27 Mac hingga 4 April 2021, 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah seperti baucar tunai bernilai RM300, pelanggan pertama yang boleh menikmati produk vivo, paparan testimoni anda di laman rasmi Facebook vivo dan pas VIP untuk majlis pelancaran produk vivo*.

    Untuk menjadi salah seorang 10 pemenang bertuah, anda hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah seperti di bawah:

    1. Kunjungi mana-mana vivo Concept Store dan ambil gambar bersama siri vivo X60 di pondok foto (photo booth).
    2. Muat naik gambar bersama komen anda “I would recommend vivo X60 Series because….” beritahu kenapa anda mencadangkan telefon ini. Tag 3 orang rakan di bawah siaran “vivo X Project” di laman Facebook.
    3. Pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman rasmi Facebook vivo Malaysia pada 19 April 2021.

    Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut siri vivo X60 di pautan ini atau di artikel pelancaran. Sementara itu, vivo X60 yang berharga RM2,699 dan vivo X60 Pro yang berharga RM3,299 kini mempunyai promosi untuk setiap pembeliannya. Anda bakal menerima hadiah percuma berjumlah RM458 (pembelian vivo X60) dan RM658 (pembelian versi Pro).

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured