More

    vivo sahkan pelancaran vivo X Fold5 di Malaysia, telefon lipatnya yang pertama di sini

    Buat para peminat telefon pintar lipat, kini satu lagi jenama teknologi popular bakal menawarkan telefon lipatnya ke dalam pasaran Malaysia iaitu vivo. Dalam sebuah kiriman di Facebook, jenama teknologi itu mengacah kehadiran vivo X Fold5 ke dalam pasaran Malaysia dan bakal menjadikannya telefon lipat vivo pertama yang ditawarkan di sini, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

    Telefon lipat ini telah pun dilancar di China pada 25 Jun lalu sebagai pengganti kepada vivo X Fold3 yang dilancar pada tahun lepas. Ia mempunyai skrin utama berukuran 8.03 inci yang boleh dilipat dan skrin luaran berukuran 6.53 inci.

    Skrinnya menggunakan panel LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz, warna 10-bit dan kecerahan puncak 4,500 nits. Skrin utamanya mempunyai resolusi 2480×2200 dengan nisbah aspek 10.1:9, manakala skrin luaran mempunyai resolusi 1172×2748 dengan nisbah aspek 21:9.

    Pilihan warna vivo X Fold5

    Daripada segi ketebalan, ia mempunyai ketebalan 9.2mm apabila dilipat dan 4.3mm apabila skrinnya dibuka. Ini masih dianggap sangat nipis, namun tidak senipis HONOR Magic V5 yang sudah dilancar untuk pasaran Malaysia. Beratnya pula ialah 217 gram manakala engselnya dibuat daripada besi berketahanan tinggi dan gentian karbon untuk menghasilkan engsel yang tahan lasak.

    Satu ciri penting pada telefon ini adalah ia merupakan telefon lipat pertama dengan rating kalis air IPX8 dan IPX9+.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dan kamera ultra-lebar 50MP di belakang. Semua kamera ini mempunyai teknologi ZEISS T* untuk menghasilkan kualiti gambar yang cantik.

    Satu aspek yang mungkin akan mengecewakan anda adalah ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 iaitu cipset andalan yang agak ketinggalan pada waktu ini. Ia tidak boleh menyaingi prestasi yang ditawarkan telefon-telefon lipat jenama lain seperti HONOR Magic V5 dan Samsung Galaxy Z Fold7.

    vivo X Fold5 dijual di China pada harga bermula CNY7,000 (~RM4,140), agak murah untuk sebuah telefon lipat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured