More

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei ini

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78 inci yang menawarkan kadar penyegaran 120Hz dan resolusi HD+ Penuh.

    Ia akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 6 Gen 1 yang akan menjadikannya bersaing dengan realme P1 Pro dan HONOR X9b. Cipset juga akan dipasangkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB. Pengacah yang dikongsikan sebelum ini mengesahkan ia akan didatangkan dengan rekaan Gem Cut dan dalam pilihan warna Velvet Red serta Silk Blue.

    Ia juga menawarkan Aura Light dan kamera utama Sony IMX882 di bahagian belakang. Sementara itu, bahagian hadapan memuatkan kamera swafoto 50MP yang menyokong fokus auto. Baterinya berkapasiti 5,500mAh dengan pengecasan pantas 44W dan ketebalan badan hanya 7.69mm.

    vivo V30e mungkin akan berjalan pada OS Android 14 di luar kotak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V30e dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured